Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, January 27, 2012

MASAK LEMAK NANGKA



Pada 21 Jan 2012, maka terlerailah ikatan antara Ain dan Hafiz dirumah bondaku Muo. Kami gembira menyambut tetamu dari Kedah dan persiapan masak dibuat seawal waktu. Esok nya pula majlis di doa Selamat di Rumah Zul, di Melaka. Cantik rumahnya. Pada petangnya kami bertiga, Kakak, Ani dan Ain berusaha menyiapkan juadah untuk Zul dan alhamdulillah tersedia dan selepas Asar kami bertolak.

Setibanya kami dirumah Zul, tertarik dengan interior design rumah tersebut. Sangat menarik dan tingkap depan nya agak unik. Masuk kedapur kulihat Masak Lemak Ikan Talang satu periku..that's my fav. Tetiba ku terdengar suara abah dari atas mengajak solat Jamak..aku pun bergegas naik walaupun nampaknya aku sorang muslimah beriya-iya namun tak mematahkan semangat. Malah si Bad dan Zul membetulkan katil bilik bagi meluaskan ruang solat dibilik dan Alhamdulillah kulihat mak muncul. Memang sukar untuk menegakan sunnah namun insyaAllah dakwah akan sampai dari tingkah lagku kita tanpa perlu bersuara. Setelah solat mak menghulurkant tangan dan saat itu ku peluk erat dan terlontarlah kata-kata hikmah..mak orang sayang sangat mak.
/fuzidss

No comments: