Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, January 30, 2012

Ilmu Dicari Dengan Apa Cara Sekalipun



Anak-anak bujang saya sangat meminati Kuliah UAI. Seperti yang dijangka, setibanya kami di masjid berpusu-pusu manusia membanjiri masjid. Jejak kami terhenti pabila bertemu Azim , Adik ipar yang nampaknya hadir seorang diri. Kami terus melangkah dan anak-anak bujang dan kanda telah hilang dipandangan. Diriku dan Anis melangkah menurut arus kaki dan setiba kami didewan kami melabuhkan punggung kami didewan forum perdana. Kemudian Adam call, ibu kami di dalam dewan solat, kami tekad untuk terus solat disitu memandangkan manusia makin ramai dan tempat kami agak selesa. Setelah solat Maghrib, Ustaz Azhar Idrus memulakan kuliahnya. Menurut UAI, berlandaskan hadis:

Nak Syurga Allah kita perlu ada 4 perkara;-
a) Iman -yakin agama Allah
b) Ilmu - beribadah ikut cara allah tentukan Al-quran dan Hadis sematkan. Jadi Library bergerak
c) Amal- ilmu didada dan amal
d) ikhlas- tahuhid uluhiyah..segala nya dibuat kerana Allah. mencari REDHA Allah

Setelah Azan Isyak kami bergerak keluar, kerana ada kuliah Talagi pada 9.30 malam di ulum. Tapi anak-anak tegambar kegembiraan. Adam dapat tengok ustaz Azhar tak? Ya, tapi sayup la bu.... :)

/fuzidss

No comments: