Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, February 14, 2012

Mee Goreng Udang



Dah beberapa hari dah memang kepenatan yang teramat sangat. Last weektu memang masa digunakan sepenuhnya. Sabtu memang khas masaku untuk dapurku dan segala isinya dalamnya yang kurang masa ni nak ditambah. 8.00 pagi setelah balik kuliah subuh, masa kami berdating ke Pasar Meru, 10.00 pagi masai untuk menambah isi perut peti Ais dan 11.00 mula memasak untuk hidangan Tengah Hari. 12.30 Lunch ready dan 1.30 solat 2.30 dating with my lappy. 3.00 sambung balik tugas didapur memikirkan pulak minum petang. 5.00 petang bersama kanda minum petang manakalah bujangs semua pergi Futsal. 5.30 ke taman depan rumah tu melawat orkid hutan tu trim sikit bagi kemas. 6.00 kedapur semula dan pasti kedapur semula dan pasti yang hidangan yang mudah.

Rasanya badan pun dah ringan mana kan tidak, turun naik, turun naik tangga dan tiap2 subuh mengemop lantao. Memang terpaksa mop dek kerana lantai kami yang putih pink tu mudah sangat nampak kotornya. Caturan hidup yang ketat. Weekdays, pulang dari tempat kerja dan tiba di rumah sebelum melangkah ke dalam rumah, pastinya ku ziarah dulu bunga-bunga dilaman dulu. Setelah 10 minit bersama maka terubatlah mindaku dan merupakan terapi untuk teruskan tugas seterusnya.

Melangkah ke dapur pastinya kucapai kuali, dan periuk dan pertama sekali pastilah nasi ditanak. Pernah satu ketika dulu, hidangan siap tanpa nasi kerana kealpaan diri sendiri. Sebelum ini diri tak pernah melayan drama di TV kerana tiada apa yang menarik namun awal Januari aku terpanggil untuk menonton seketika dan kulihat lakonan Aqasha dalam drama Gemersik Kalbu memang terkesan. Drama tersebut overal menarik kerana ada sedikit humor yang ditambah yang tiada dalam novel seperti aksi didapur, terputus jari dan juga Milo Ais With Love but this really sweet. Rata-rata dilihat komen dalam youtube memang ramai peminat drama bersiri ini.

Ketika drama mula, aku masih terus didapur dan hanya memasang telinga mendengar gelagat si Sufian. Yang anehnya tanpa melihat dan hanya mendengar sahaja sudah membuat aku tersenyum. Inilah dikatakan menjiwai cerita. Syabas buat pengarang Novel Puan Ayuni.

Berbalik pada tugas memasak tadi, setelah siap, naik ke bilik bersiap sedia untuk pergi ke Kuliah Talaqi tetapi biasalah setelah Mandi setelah nampak katil memanglah rasa tak nak bangun dah namun ku kuatkan semangat demi mencari ilmu. Tepat 9.30 aku dan kanda berangkat dan tiba di kuliah akulah orang yang banyak kali sangap. 12.00 malam tiba dirumah dan pasti sebelum tidur baju dijemur diamapaian. Begitulah caturan hidup yang bagi ku tidak ada seminit pun dihabiskan dengan sia-sia.


/fuzidss

No comments: