Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, February 24, 2012

Nasi Lemak Goreng



Hari ni buat nasi lemak, barang mentah dah kehabisan ini lah menu kami. Di office, adalah seorang hamba Allah datang mengadu, dia sekarang tengah berperang email dengan rakan seperjuangan. Yang pada mulanya kecil sekarang tak terbalas beliau dengan emailnya yang bertalu-talu.

Agak terkejut juga kerana beliau meluahkannya tapi aku mendengarnya dengan setia. Setelah sudah berakhir beliau berbicara maka ku lontarkan kata-kata berunsur melegakan. " macam ni lah, ada baiknya you just silent buat seketika" tak ada guna melayan orang tak dapat mengawal emosinya. Orang yang kuat dan bijak adalah orang berjaya mengawal emosinya. Dia akan seakan lega, dan kembali tersenyum.. Alhamdulillah.

Panggilan talifon dari customer juga tiada henti dari pagi berdering.Lunch Aida jemput pergi KWSP dan makan di Mee Bandung Muar seksyen 8, sedap.. Dan berakhir cerita di office. Balik kerumah seperti biasa bergaduh dengan periuk belanga didapur..kehabisan stok cuma bekalan telur. Apalagi kari telur dan sayur juga telur dadar. Ada balance nasi lemak, gorengkan memandangkan sambalnya ciput sangat.

Bahan-bahanya

Sambal nasi lemak 2 sudu
Nasi Lemak 2 mangkuk
Telur 5 biji digoreng layang dan digulung dan dipotong.
Bilis goreng
Kacang goreng

Tumiskan sambal dan masukkan nasi ..biar lama atas dapur maklum lah nasi agak lembab so bagi dia garing kemundian angkat dan hidang. Selamat menjamu selera. Ingat jangan membazir sedang Rasulullah mengutip buah kurma yang jatuh dan disapunya dimakannya.

/fuzidss

2 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said...

As Salam Fuzidss...
hehehe senang keje..improvice brg2 yg ada janji perut kenyang :P

fuzidss said...

BeTul tu kak. Janji usaha