Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, March 24, 2012

Lempeng Pisang




Lempeng ni dibuat sebabnya ada pisang jiran tercinta bagi so dok tengok pisang tu macam dah tak boleh nak buat goreng sebab dah masak apa lagi buat lempeng laa. Bila dah siap yang funny tu " ibu cepat laa turun potong kek ibu ni haa alif tak sabar dah lagi dah baru dia sedap tul" ha ha kek orang melayu ya.

Gi bawa satu keping umah mak sebab adak mak yong kat umah tu tp mak ada komen kuih tak complete sebab tak de kelapa ..ohhh failed

Bahan-bahan ( 3 keping )

5 bij pisang
3 sudu gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
Kelapa parut + sedikit garam
Daun pisang
Cara-cara

Lenyek pisang dengan gula sampai hancur.
Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
Ambil sedikit adunan dan ratakan di atas daun pisang.
Ratakan kelapa parut pada sebelah bahagian sahaja.
Lipatkan daun pisang.
Bolehlah dibakar di atas kuali leper.
/fuzidss

No comments: