Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, March 5, 2012

Singgang Berempah Ikan Nyok-Nyok



Sumber: siapakah lagi yg suka memaparkan singang minggang ni kalau bukan CMG...taraaaa

Hari ni dapat settle kan satu masalah antara boss dan anak buahnya. Not my boss but other people boss. That guy tiap email lagi say thanks. Settlekan surat cinta sebanyak 500 lebih tu dan esok sambung another 200 lagi. Memang nampak remeh tapi surat-surat ni bagaikan perkhabaran cinta buat mereka yang mengharapkan masalah mereka dapat diselesaikan. Bagi mereka yang benar ingin kan penyelesaian akan menalifon talian tertera disurat itu siapakaha lagi gerangan yang pasti nya yang empunya blog ini. Setiap panggilan yang diterima akan ku pastikan bahawa pemanggil itu akan merasa lega kerana membuat panggilan

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong besar, saya guna ikan nyok-nyok ( tu yg tak faham tu, ikan punyalah hensom, tp nama auduh)
siang, cuci bersih dan kerat 2 setiap ekor
1 biji tomato, dibelah 4
1 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
2 - 3 keping asam gelugor
1 kiub ikan bilis "Maggi"
Garam secukup rasa
Air secukupnya
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
10 biji cili padi*
3/4 camca teh lada hitam biji*
1 1/2 camca teh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan halus*(*ditumbuk hingga halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan serai dan tuang air secukupnya (anggaran 800 ml). Masukkan juga asam gelugor dan kiub ikan bilis. Biar mendidih.
Masukkan ikan dan juga bunga kantan. Perasakan dengan garam secukupnya, kalau nak letak sedikit serbuk perasa pun ok (tapi mat tak guna, sebab dah ada kiub ikan bilis).
Akhir sekali masukkan belahan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan hangat bersama nasi...Boleh ber"asap" telinga waa cakap sama luuu!!!!

/fuzidss

No comments: