Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, April 23, 2012

Kuliah Ustaz Dzulkarnai

/fuzidss


Kuliah subuh disampaikan oleh ustaz yang dijemput khas oleh Ulum,

Namun sebelum itu, Sabtu 21 April 2012, terlakarlah sejarah kerana kerana ilmu ku gagahkan kaki ini mendaki Universiti Medinah (MEDIU) untuk mengikuti Kuliah dari Ustaz jemputan dari Indonesia. Kuliah dari Ustaz Dzulkarnain bermula pada 9.00 pagi sehingga pukul 4 petang. Diri benar-benar kagum melihat bilik kuliah di universiti ini. Mata ini seolah-olah tidak mahu percaya pabila melihat setelah kaki ini melangkah keruang bilik kuliah kulihat hampir semuanya berpurdah. Subhanallah kagum dengan diri mereka ini. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Dzul benar-benar membuka minda ini dan kagum beliau mengulas mukadimah tersebut hampir 1/2 hari. 12.30 terpaksa mengundurkan diri kerana perlu memenuhi Agenda seterusnya iaitu menghadiri Undanngan walilmatul urus di Dewan Merak Kayangan Felda Kuala Lumpur.


Pada hari Ahad 22 April 2012 Kuliah Subuh Ustaz menjelaskan ciri-ciri untuk menggapai Cinta Allah
a) Taat - Surah Ali Imran -31
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُوني‏ يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَ يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَ اللهُ غَفُورٌ رَحيمٌ
"katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuni Nya dosa-dosa kamu. Dan Al­lah adalah Maha pengampun lagi Penyayang." (ayat 31).

Di sinilah datang jawaban Tuhan, dirumuskan oleh ayat ini. Jika sungguh-sungguh engkau cinta kepadaKu, maka jalan buat menemuiKu mudah saja. Jika memang cintamu itu cinta sejati, niscaya kamu taat kepadaNya. Sebab orang yang bercinta, terhadap yang dicintainya, selalu patuh.

Oleh sebab itu datanglah sambungan ayat:

قُلْ أَطيعُوا اللهَ وَ الرَّسُولَ
"Katakanlah: hendaklah kamu taat kepada Allah dan Rasul" (pangkal ayat 32).

b) Takwa Pada Allah

c) Sabar- Surah Al mulk ayat 2. FIRMAN Allah yang bermaksud:
“Allah maha berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” (Surah al-Mulk, ayat 1-2)

Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah. Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hambanya.Sabar itu anugerah terindah


d) Tawakkal

e) banyak bertaubat & menyucikan diri dengan berzikir dan muhasabah

Dikesempatan ini diri ini mengucapkant terima kasih buat kanda kerana mengizinkan diri ini mengejar ilmu kerana beliau sanggup menguruskan ikan dari pasar dan menjaga anak-anak manakala isteri keluar mencari ilmu. Pasti llmu ditimba dikongsikan itulah nikmat nya perolehi ilmu Allah

No comments: