Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, April 24, 2012

Nasi Ambeng




14 April 2012 kami agak lambat sampai ke kampung kerana urusan pagi sabtu kami memang padat. Namun sesampai sahaja, kami melabuhkan punggung kami ke dapur. Apa yang sangat mengharukan hati ini apabila kakak tanpa dipaksa juga turut membantu kami didapur menghidang dan membungkus nasi Ambeng.. Subhanallah Betullah kata-kata dari ustaz pahrol " Jangan marah pada mereka apabila kita pabila kita nak mereka berubah tapi masih tak berubah tapi doakan dan maafkan Kerana kita juga tak dapat berubah 100% seperti yang kita kehendaki. Kita boleh sayang tanpa memimpin tapi kita tak boleh memimpin tanpa kasih sayang.

Jadi nak lentur anak-anak kasih sayang itu penting. Semenjak ketiadaan pembantu kakak lebih lembut hati kerana konsep memaafkan itu ditanam dalam diri ini semenjak bibik tiada subhanallah memang itulah cara yang Rasulullah. "ibu orang-orang lembut hati nya memang mudah membantu orang lain kan macam ibu, auntie Adah, Cik Ina antaranya kan? " huhhh soalan ke kenyataan ini ..Aku hanya senyum sahaja bagi ku pemerhatian beliau sangat meluas.

No comments: