Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, May 20, 2012

Meraikan Si Gadis

Hari yg penuh bersejaharah buat Anis apabila beliau menerima anugerah pelajar cemerlang dari Score A, diperingkat negara. Mereka semua di raikan di Stadium Melawati Shah Alam. Majlis anugerah ini juga telah diadakan di majlis konvensyen Score A dan hampir 10 ribu orang memenuhi stadium dengan penuh semangat dan melihat semangat mereka sungguh menggerunkan. Itulah spirit yang perlu ada dlm MLM kerana itulah tool yang utama bagi mereka membakar semangat untuk terus maju.

Mereka telah melangkau dunia mereka ke negara jiran, Indonesia dan syabas buat SCORE A. Ini merupakan anugerah yg ke 4 yg diterima oleh kakak setelah Anugerah Score A peringkat networking, anugerah dari Sek 7 dan anugerah dari Surau Mawaddah. Doa ibu senantiasa mengiringi anak-anak ibu agar dibuka pintu rezeki buat anak-anak ibu utk terus memahami apa yang dipelajari dan seterusnya mengamalkan ilmu tersebut. Itulah tujuan utama kita hidup dimuka bumi. Ibu faham sekarang anak ibu penuh semangat mengejar cita-cita dan ibu cuba sedaya upaya utk membantu. Teruskan perjuangan wahai anakkanda ku




/fuzidss

No comments: