Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, June 1, 2012

Jangan Leka



Jangan LEKA!

Jika kita rasa berat untuk berjemaah di rumah Allah pasti ada perkara maksiat kita lakukan. Seperti kereta pabila yang merempuh lopak, pasti alignmentnya lari begitulah gambaran jika hati ini kembali gelap. Kuliah Maghrib malam tadi Ustaz Zubir Embung

Kurangkan menyuntik hiburan-hiburan yang melekakan.. bukan tidak boleh. Boleh, tetapi jangan terlalu BANYAK hingga kita akan hilang MINAT untuk menjadikan ibadat sebagai hiburan utama untuk ke akhirat! Apabila kita terlalu minat untuk mencari hiburan-hiburan lagha, maka amalan kita tentu akan hilang 'jiwa' dan 'rasa', kerana kita sudah ketagih dengan hiburan-hiburan yg diperlihatkan 'SEDAP' di mata kita oleh 'makhluk bertanduk' itu!

PAKSA diri membaca doa menghindarkan diri dari gangguan Syaitan! Paksa diri membaca ayat al-Quran walaupun surah pendek seperti surah al-ikhlas! Kerana apa? Apabila kita sudah cuba sedaya-upaya menjauhi HIBURAN yang diperlihatkan 'sedap' pada pandangan mata kita.. tetapi hati kita masih kekurangan santapan-santapan kerohanian. Bukanlah pada membaca al-Quran semata-mata, tetapi dekatkan diri dengan aktiviti keagamaan, ceramah, rutin kerohanian.. atau beri peluang pada masa mengenal ayat-ayat ALLAH.

Carilah cahaya untuk menerangkan jiwa. Nur hidayah Allah bersinar dirumah-rumah Allah dan sebagaimana kita hidup memerlukan cahaya maka begitulah juga kita memerlukan masjid. Pabila kita kembali mendekatkan diri ke rumah Allah barulah Allah akan mengembalikan sinar kemuiaan umat nya. Bersediakah kita melapangkan dari masa dalam hidup setiap hari untuk berkunjung ke rumah Allah dan mengimarahkannya


Kari hasil karya peribadi. Tanpa menggunakan rempah yang siap dia diadun
Ramuannya

Halia muda seinci
cili merah besar 3 biji
bawang merah
bawang putih
jintan manis
jintan putih
lada putih
lada hitam
semuanya di blend dan
tumiskan dengan sedikit minyak
masukkan santan biarkan sehingga naik bau
dan barulah masukkan santan dan daun kari tunggu berminyak
masukkan ikan dan asam keping dan juga bende

lepas tu kalut hidangkan sebabnya kanda saya tak balik lagi nak mengangkut anak-anak ke kuliah di Surau Al Mawaddah.



fuzidss

No comments: