Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, May 24, 2013

Berkatnya Rezeki





Beginilah jadual kami jika di hari cuti mencari kesempatan untuk mencari yang terbaik buat anak-anak kerana  mereka adalah pencen kubur kami. Setiap ringgit yang diberi oleh kanda sangat bernilai.

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Antaranya kerana
a) ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya.

b)Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar untuk memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh.  Antara fenomena lain  yang sering dilihat jujur tetapi tidak hakikatnya.. contoh: adakah perlu seseorang untuk mendapat wang pendahuluan bagi tujuan bekerja diluar kawasan sedangkan diberi pelbagai kemudahan oleh syarikat. Tanpa sedar kita telah menyalah guna nikmat yang diberi. Tanpa kawalan kita mudah berbelanja dan kemudian kita mereka-reka sesuatu yang tak sepatutnya. Ingat lah pada hakikatnya kita mewah tapi jika bukan hak kita Allah akan tarik tanpa kita sedar. Barang dapur yang sepatunya bernilai seringgit namun kita perlu membayar berlipat kali ganda. Berkatnya rezeki itu kita pasti tahu kemana wang kita dibelanjakan malah menjadi bekalan warisan. Manakala yang tidak berkat gaji berpuluh ribu, namun  ianya hilang umpama debu tak meninggalkan sebarang kesan


No comments: