Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, January 20, 2014

Wad 523, KPJ Hospital Pakar Klang

 
 
Ini kisah si bujang Adam,  pada Disember yang lalu beliau telah dihimpit oleh sebuah kereta dan menyebabkan kaki beliau lekuk di betis. Setelah melakukan x-ray Dr dapati tiada kesan di bahagian tulang cuma ligament koyak dan pendarahan. Maka kami tidak begitu risau dan pulang
Malam pertama, admitted berdenyut-denyut sakitnya kerana menakung nanah




Tetapi setelah hampir sebulan, betis Adam mula membengkak dan Adam mula demam. Setelah 3 hari demam dan 3 kali berulang alik ke klinik, akhirnya Adam dirujuk ke Hospital KPJ Specialist Klang dan dimasukkan ke Wad 523 tingkat 5.

 Disitulahlah bermula kisah Adam. Operasi pembedahan bermula pada 2.00 petang pada 14 Januari 2014 (Maulid Nabi) dan kami menunggu sehingga 3.30 pm dan beliau keluar dan kami di masih berkeadaan khayal sehingga pukul 6 petang.



Adam ditahan selama 7 hari untuk mendapat suntikan kerana didapati kuman tersebut telah masuk kedalam darah beliau.

Dan Akhirnya pada 19 Januari 2014 beliau telah dibenarkan keluar dan dengan cerianya terdambar.

No comments: