Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, February 28, 2014

Demam Susu

 Mandikan Aysh dan moga lena tidurmu ya, ibu nak makan ubat ni
Berselimut di panas terik

Malam tadi terasa amat sakit di bahagian kanan. Berdenyut-denyut.
Bangun pagi saja, terasa nak demam. Hinggakan nak tak terlarat untuk bangun.  Aysh hanya susu di sebelah kiri sahaja. Manakan puas merengek , terpaksa ambik stok susu Aysh dalam freezer.


Merujuk kepada sahabat dan juga Search di internet dan ikut petua-petua yang diberi antaranya letak kobis pada breast  tapi kobis tiada,, urut dengan sikat dan tuam dengan air panas untuk melancarkan pengeluaran susu.

Lap dengan kain tuala panas nampaknya berkesan namun Aysh tak tidur-tidur lagi... Sampai ke nak meleleh air mata rasanya mana nak tahan rasa sakit lagi nak melayan Aysh yang menangis. Tiba-tiba kakak datang ambil adiknya sambil meriba Aysh. Alhadmulillah. lega sikit menyusukan susu yang disimpan dalam freezer.

Rasanya dah lega sikit setelah mandi dan cuba mengepam Alhadulillah kurang dah sakit tetapi pengaliran susu agak kurang.  Namun syukur kerana kurang sakit . Gambar ni sebelum ini tetapi hari ini hanya dapat 2.5 oz sahaja

Bagaimana untuk merawatnya?

Pembengkakan ini  sebenarnya adalah petanda positif untuk anda. Badan anda sedang menghasilkan susu untuk bayi

Pakailah bra untuk susuan yang dapat menyokong payudara anda, termasuk waktu malam. Pastikan ianya tidak terlalu ketat

Susukan bayi anda kerap, setiap 2 ke 3 jam walaupun ini bermakna anda perlu mengejutkan bayi anda. Ini adalah penting kerana jika bengkak tidak berkurang ia boleh menyebabkan pengurangan kepada pengeluaran susu.

Cuba berikan sebelah payudara sehingga payudara anda menjadi lembut. Jika bayi anda kenyang dengan sebelah payudara sahaja, berikan sebelah payudara lagi untuk yang seterusnya.

Elakkan bayi anda menghisap ketika areola( bahagian gelap putting anda) dalam keadaan keras. Untuk mengurangkan puting rosak atau luka dan membantu bayi anda menghisap susu (puting yang keras menyukarkan bayi menyusu), perah susu secara manual sehingga areola lembut.

Elakan memerah susu kecuali untuk melembutkan areola atau apabila bayi anda tidak dapat meyusus. Habit atau kerap memerah akan menyebabkan perngeluran susu yang berlebihan dan memanjangkan pembengkakan

Ketika menyusu bayi, urut dengan lembut payudara yang sedang dihisapnya. Ini mengalakkan susu mengalir dan mengurangkan ketegangan dan ketidakselesaan

Untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak, letakkan pek sejuk ke atas payudara sekejab selepas menyusu.

Jika anda mengalami kesakitan yang teruk dapatkan ubat dari doctor.
Jangan letakkan benda panas seperti pad pemanas atau botol air panas ke payuadara anda yang bengkak kecuali untuk melembutkan areola dan membantu susu keluar. Ini hanya akan memburukkan keadaan.

Berapa lama akan berpanjangan
Berita baik untuk anda. Ianya akan berlalu dengan segera. Ianya akan hilang dalam masa 24 ke 48 jam iaitu dengan cara menyusu bayi anda. Jika anda tidak menyusukan bayi anda, kemungkinan ianya akan bertambah buruk sebelum pulih. Selepas ianya berlalu, payudara anda akan lebih lembut tetapi penuh dengan susu.

Bolehkah saya terus menyusu?
Anda boleh dan patut teruskan menyusu. Pembengkakan yang tidak berkurang akan menyebabkan penurunan kekal pengeluaran susu. Jadi amat penting menyusu dengan tetap. Sebaiknya terus memberi susu selepas bersalin dan menyusu dengan kerap bermula dari saat itu. Lihat tanda bayi anda lapar seperti menghisap jari atau menangis.

Adakah ini akan memberi kesan kepada bayi saya?
Tidak. Sebaliknya anda mungkin akan lebih menyusu bayi anda sebanyak dan sekerap yang anda boleh.

 sumber :rynas.blogspot.com/\

1 comment:

Bunda_nora said...

Salam ukhuwah dan salam ziarah dari Bunda...