Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, February 25, 2014

Keliru

Keliru... Malam ke Siang ni??

Otak bayi mengambil masa beberapa minggu untuk menerima isyarat perbezaan antara siang dan malam. Malangnya, sehingga kini tiada cara untuk mempercepatkan penerimaan isyarat itu melainkan membentuk rutin tidur secara konsisten.

Anda boleh membentuk tidur malam yang baik dengan tidak memberi rangsangan

a) Pada masa sama, malapkan cahaya lampu dan tahan keinginan untuk bercakap atau bermain dengan bayi.

b) Kaedah ini memberitahu bayi bahawa malam adalah waktu untuk tidur. Bayi yang terlalu penat biasanya lebih sukar tidur pada waktu malam berbanding bayi yang cukup tidur ketika siang.

Jadi usaha untuk tidak membenarkan bayi tidur ketika siang dengan harapan dia mudah tidur pada waktu malam bukan tindakan bijak.

Membantu bayi tidur

Bayi tidak dapat menentukan waktu tidur dan bangun mereka. Bagaimanapun, ibu bapa boleh membantu mereka tidur dengan mengenal pasti bila si kecil mengantuk, mengajarnya tidur sendiri dan menyediakan persekitaran sesuai, selesa serta selamat untuk tidur.

Apa tanda bayi sedia untuk tidur?

Ada beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda sedia untuk tidur seperti:

- Menggosok-gosok mata

- Menguap

- Asyik melihat ke arah lain

- Meragam

Posisi tidur untuk bayi

Di Amerika Syarikat, bayi ditidurkan dalam posisi meniarap dan di negara lain, bayi disaran tidur secara terlentang. Yang mana satu lebih baik?

Penyelidik mendapati sindrom bayi mati mengejut (SIDS) ada kaitan dengan posisi tidur meniarap.

Kini pakar sependapat, posisi tidur yang terbaik ialah baring terlentang. Tidur mengiring juga boleh, tetapi ia dikatakan lebih berisiko daripada berbaring.

Tidur terlentang juga ada manfaat lain kerana bayi yang ditidurkan dalam posisi ini kurang kemungkinan mengalami muntah. Malah, banyak kes tercekik dilaporkan berlaku pada bayi yang tidur meniarap.

Walaupun bayi digalak tidur terlentang, anda boleh letak si kecil dalam posisi meniarap ketika dia bangun. Posisi ini boleh membantu proses pembentukan otot dan mata, selain mengelak belakang kepala menjadi leper.

sumber : Pa & Ma





No comments: