Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, February 17, 2014

Kembali Ke Bentuk Asal


Memang menjadi impian kepada semua para ibu yang baru melahirkan untuk kembali kepada bentuk sebelum bersalin. Memang bukan satu tugas mudah namun niat diiring dengan usaha In Sya Allah. Air tersebut merupakan air rebusan akar kayu yang dibawa khas oleh bonda PJ.

Tip berikut boleh dijadikan panduan bagi yang prihatin terhadap bentuk badan selepas bersalin.

Ambil herba tradisional
Umum mengetahui kehebatan khasiat herba tradisional yang membantu menstruktur kembali organ dalaman yang terjejas dalam proses melahirkan anak. Perawatan secara semulajadi ini mengambil masa tetapi meninggalkan kesan berpanjangan. Antara herba terkenal khusus untuk ibu lepas bersalin seperti daun sireh, manjakani, temulawak dan pelbagai lagi.

Menyusukan bayi secara eksklusif
Mudah dan percuma. Satu lagi kaedah mudah membakar kalori dengan pantas dan menurunkan jumlah berat badan dengan banyak sepanjang tempoh berpantang.

Bengkung
Amalan memakai bengkung memang sudah terbukti. Buat perbezaan di antara ibu selepas bersalin yang mengamalkan pemakaian bengkung dan yang tidak langsung berbengkung. Pasti anda dapat melihat bagaimana rampingnya ukuran pinggang dan kempisnya perut mereka. Jadi jangan malas berbengkung sepanjang berpantang!

Makan berkhasiat
Jangan degil untuk berpantang makan. Bukan bermaksud ibu hanya makan ikan kering sepanjang tempoh berpantang tetapi amalkan pemakanan sihat dan berkhasiat yang mampu memberi tenaga tetapi tidak menggemukkan.


Sumber : Majalah Pa & Ma Jan 2014

Kembali bersenam
Rajinkan diri melakukan senaman ringan. Ada beberapa jenis gerakan senaman yang boleh dilakukan bagi membantu proses membakar lemak yang berkumpul. Selepas habis tempoh berpantang, anda boleh buat senaman berjalan di taman reakreasi sambil menolak stroller bayi. Selain dapat menghirup udara segar, ia dapat mengeluarkan peluh dari badan.




No comments: