Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, February 11, 2014

New Board Member of Fuzidss .....Aysh Ayshah



Ini lah wajah ahli baru kami... my halus Aysh Ayshah... 

Nak kongsikan sedikit disaat dan detik kelahirannya. Malam jumaat setelah kembali mengambil bibik baru, terasa agak sakit namun cuba mengalihkan rasa sakit dengan mengemas rumah.  sepanjang malam tidak dapat tidur memang kesakitan makin kerap.

sehingga subuh siapkan semua dan maklum pada kanda yang rasanya sudah sampai masanya.. namun reaksinya seakan-akan tak percaya melihatkan dindanya yang agak cergas mengemas maka si kanda ini seperti biasa akan memastikan meetingnya akan terus on kerana jangkaannya pabila di PMC nanti pasti ditinggalkan si dinda untuk lari ke meetingnya itu. Kami terpaksa pergi ke Subang jaya, pejabat kanda untuk mendapatkan dokumen untuk meetingnya.

Setelah sampai ke PMC pada 9.45 pagi maka terus diperiksa oleh Dr Ratna dan Dr mengesahkan sudah buka 6cm . Si kanda bertanya kepada Dr.."admitted ke Dr? Dr menjawab Yaaaa Encik sudah semestinya, bila-bila masa je baby akan lahir.. sambil menjenggilkan matanya.. Aku hanya tersenyum melihat gelagat kanda yang mungkin dia lupa dah kerana sudah 6 tahun berlalu.

Setibanya di "labour room" pada 10.10 am, sakitnya memuncak tetapi perasaan mengantuk sangat kerana malam tadi tak lena tidur menahan sakit. Dato Dr Dzarul tiba dengan pakaian sut melayu hijaunya. "assalamualaikum? Good... insya Allah soon ni.. di turn kebelakang sambil memakai apron nya dan memecahkan ketuban. Setelah ketuban dipecahkan memang tak tertahan..tetiba Aysh Ayshah kerluar terus tanpan di teran .. Subhanallah Dato  melihat lehernya dililit sebanyak 3 kali tali pusat. "Don't push " ha ha.. memang tak push pun  Dato..tapi apakan daya Aysh memang dah tak sabar lagi.

Dato cuba merungkaikan tali pusat kemudian Dr menarik uri yang tertinggal. "Alhamdulillah tiada luka langsung nampaknya" Allahhuakhbar mudahnya namun Aysh dan memakan najisnya dan mungkin akan memberi kesan kepada paru-parunya. Saiznya agak kecil iaitu 2.4 kg. Sungguh halus dibandingkan abang dan kakaknya yang purata beratnya sebanyak 3.2 kg.

Datin Dr  Marina pakar kanak-kanak menziarahi ku dan memaklumkan bahawa Aysh tak mahu menyusu jadi breastfeeding adalah yang terbaik untuk merungkai kan perkara ini. Sama ada puan boleh stay atau baby stay. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya ditinggalkan dan memang ibu Aysh akan sentiasa bersamanya. 

Alhamdulillah setelah usaha yang tak pernah putus, akhir Aysh mengisap susu ibunya walaupun terpasa minum berama tiup dimulutnya. Lihatlah betapa halusnya kejadian Allah ini


No comments: