Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, February 20, 2014

Pantang... terasa nak culas

Beginilah rutin hidup seorang ibu yang berpantang. Biskut Lemak (cream Craker ) memanglah menjadi santapan mereka berdama kopi O dan air rebusan akar kayu bercamur madu dan minyak Habatus Sauda. Lunch pulak tidak lari dengan bawang putih dan lada hitam ( halia tidak buat masa ini kerana Dr melarang dikhuatiri Aysh akan mengidapa penyakit Kuning. Ikan haruan susah nak dapat cuma telah pati ikan poliney.  Bersantan tak boleh, kekacang tak boleh dan sayuran bersifat sejuk pun tak boleh. Kalau ikut hati memang rasanya nak culas tetapi kesannya pada diri kita juga. Bila lihat si Amaar makan Ice Cream Oreo.. aduhhhhh

Minggu pertama tempoh hari mak sediakan mandian herba iaitu air rebusan segala macam daun seperti daun kaduk, daun pandan, serai wangi, daun jambu dan pisang abu, pheww wangi sungguh dan segar. Terima kasih mak.

Berurut kali ini tak dapat dilaksanakan memandangkan kakak yang mengurut tu sibuk.  Yang penting aku pertingkatkan bertungku pagi dan petang. Bertungku dalam pukul 7 pagi sementara Alif dan Amir menunggu bas sekolah terbaring siibunya bertungku sambil menemani mereka menunggu bas sekolah.

Jamu kali tak dijamah langsung kerana Dr melarang memandang Aysh diperlukan untuk diberikan susu ibu sepenuhnya.

Malam tadi Aysh agak kurang selesa kerana mungkin beliau lebih selesa  memerap dengan si ibu. Memanglah si Aysh selesa tetapi si ibu, aduh...Sungguh memeritkan jika terdapat pada rekahan. apa yang boleh dibuat hanyalah menelan vitamin C kerana sesunguhnya ia merupakan salah satu penyebab untuk menyegerakan luka memandang kan nipple crash cream tiada. 

No comments: