Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, March 6, 2014

Projek Memujuk My Little Princes

  Aysh tak begitu gemar menyusu dibahagian kanan kerana putingnya agak sumbat. Namun teruskan usaha untuk mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payudara yang tidak digemari. Antara tip yang boleh digunakan seperti berikut:

1. Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.

2. Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang digemarinya terlebih dahulu dan apabila berlakunya pancutan refleks, alih ke payudara yang sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Anda juga boleh pratikkan posisi penyusuan yang lain.

3. Menyusu di bilik yang gelap atau berkeadaan sunyi dan sepi.

4. Cuba menyusu sambil berjalan, mengayun-ayunkannya dengan perlahan sehingga bayi menerima payudara yang kurang digemari.

5. Jika bayi lebih gemarkan payudara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breast compression) untuk mempercepatkan aliran susu di payudara yang mana alirannya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (scissor hold) di bahagian aerola untuk memperlahankan aliran susu. Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payudara yang mana alirannya perlahan, anda boleh mengepam payudara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.

Sekiranya perbezaan saiz payudara merisaukan anda, di sini disertakan beberapa tip untuk memperbetulkan keadaan.

- Mulakan penyusuan pada payudara yang kurang digemarinya (pastikan bayi berada dalam keadaan tenang ketika itu) dan lebihkan penyusuan pada payudara tersebut.

- Memerah payudara yang kecil selama 5 hingga 10 minit selepas sesi penyusuan.

Sumber : Facebook

No comments: