Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, April 4, 2014

Agenda 4 Pagi Bersama Si Bunga Hati ....




Agak berat hati ini untuk ku tinggalkan wahai anakanda ku Aysh namun apakan daya ibu perlu melaksanakan tugas ibu. Hidup seorang ibu bekerjaya ini perlu kuat kerana selama 2 bulan ini si kecil ini sentiasa dalam dakapan di belek di tenung dan digomol namun desakkan tugas, ibu dengan berat hati akan memenuhi tuntutan tugas.

Nampaknya akhirnya dengan berat hati minggu depan terpaksa memulakan tugas di pejabat.. Alahai terlalu emosi ketika ini perasaan siibu. Walaupun jumlah bekalan susu badan amat mencukupi namun terlalu berat hati ini untuk si ibu meninggalkan si Bunga Hatinya ini.

Alangkah bagusnya kalau semua majikan membenarkan bayi yang berusia bawah 1 tahun dan masih disusukan dengan susu ibu sepenuhnya dibenarkan mengikut ibunya ke tempat kerja. Namun pastinya tidak berlaku.

Ya Allah bantulah si ibu ini untuk merubah kan agenda 4 pagi. Cuba usahakan untuk memprogramkan agenda untuk caturan harian  dan wahai ibu, yakinlah Allah sangat baik pada kita sentiasa memujuk kita agar bangun. Buktinya Aysh sentiasa lena tidur sepanjang malam dan akan terjaga pada 4 pagi cuma terlalu banya bisikkan yang menghasut. Usahakan penuh daya kerana sangat penting untuk kita jadikan satu rutin.  Bacalah Quran dengan perlahan-lahan dengan Tartil dengan penuh kusyuk kerana bacaan membaca diwaktu akan perolehi kekusyukkan kerana akan fokus untuk mendengar bacaan kita. Apabila kita usaha untuk merubah 4 pagi kita yakinlah banyak perkara yang boleh merubah kehidupan kita. Jika kita tiada usaha, kita tiada lonjakan untuk merubah hidup kita.

Ya Allah jadikan Al Quran itu penawar hati, pengubat kalbu , cahaya kalbu dan penawar kegelisahan si ibu ini



No comments: