Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, May 20, 2014

Barakah

 
kalimah barakah itu boleh di fahami dengan memberikan contoh-contoh tertentu. Umpamanya jika seseorang itu membuat sesuatu pekerjaan sedangkan pekerjaan itu tidak dapat memberikan ketenangan atau kebahagiaan, hinggakan kehidupan mereka sentiasa dalam kesulitan dan tidak mengembangkan bakat dan kegembiraan, maka yang demikian itu di katakan sebagai tiada keberkatan. Masa yang diberikan sejam jika barakahnya kita pasti melihat jauh lebih baik dari masa terbuang begitu sahaja. 

Islam mengajarkannya agar semua perkara akan mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Sebagaimana doa yang di baca ketika doa Qunut iaitu " Ya ALLAH, berilah keberkatan keatas apa-apa yang telah engkau kurniakan."

  Ertinya sebanyak mana kurniaan ALLAH SWT, seperti di berinya jodoh, zuriat, pekerjaan, kekeyaan, ilmu pengetahuan, umur, kesihatan atau apa sahaja. maka yang lebih utama daripada itu ialah keberkatan.
Hari semalam hari yang penuh dengan jadual bagi mememuhi kehendak rakan sekerja yang lain yang juga bagi mereka penting dalam keperluan mereka. Namun sesungguhnya kita akan merasai keberkatan .. tidak pernah merasa sebelum namun hari ini berjaya mencecah ke 4oz

 

No comments: