Inilah wajah penyejuk mata. Jadual yang padat namun ia bukan alasan untuk meninggalkan tanggungjawab kepada bibik. Kemana sahaja Aysh ku gendong kerana kesungguhan untuk melaksanakan tugas amal. Semalam berjaya melaksanakan tugas sempena menyambut Ramadan dengan membawa Aysh ke Paroi, Negeri Sembilan dan alhamdulillah anak ini tiada kesulitan buat ibunya dengan hadirnya beliau bersama dalam menjalankan tugas. Sesungguhnya anak kecil ini ladang pahala. Moga hadirnya sikecil ini senantiasa teruja ingin jadi ibu yang lebih baik.
Ya Allah moga anak ini menjadi ahli quran dan senantiasa ligat dalam melaksanakan tugas-tugas amal seperti mana Saidatina Ayshah.
No comments:
Post a Comment