Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, December 22, 2014

Langkawi ...kami datang membawa Amanah



Percaturan ke Langkawi memang lama dirangka oleh Muslimat Al Mawaddah dan alhamdulillah impian terlaksana. Lawatan bermula  dari 19 Disember sehingga 22 Disember 2014 Kami bergerak malam 9.00 malam dan keluarga ku yang lamatb kerana hati ini agak berat nak meninggalkan Alif, Amir, Adam dan kanda.

Lawatan bukan sekadar berlipur lara tetapi perlu membawa message yang besar dan perlu melaporkan kepada muslimin Al Mawaddah. Amanah yang dipikul perlu dilaksanakan.  Memang agak sukar buat Mother of six ini bergerak sambil menggendong si genit Aysh  seharian cuma terlepas dari dokongan dikala si genit ini tidur.

19 Disember 2014

Sebelum berangkat kami bergambar kenangan bersama. Rasa sebab pun menjelma.



Hari ini perlu dengan jadual yang ketat kerana paginya perlu berjumpa YB Sapari Yaakob di pejabatnya untuk memohon sumbangan buat perjalanalan kami dan alhmadulillah .. sarapan pagi kami di taja oleh YB Yaakob Sapari.

Bermulahlah perjalan kami dan bermulah pengalaman seorang Mother of six ini memikul tanggungjawab yang besar ini dan mulut senantiasa mendoakan agar misi ini selamat pergi dan selamat kembali. Sepanjang perjalanan kami didalam bas Aysh tidak pernah merengek dan sesungguh nya anak genit ini sangat memahami yang ibunya membawa tugas yang berat terima kasih anakanda ku Aysh.


Bff senantiasa dalam dakapan.
Di perhentian  R& R  tidak dapat singgah kerana tidak mahu menggangu lenanya tidur si genit ini dan misi diteruskan dengan kami sampai di masjid dan disitu kami merenggang-regangkan kaki kami.


Setelah itu kami selesai solat kami menuju warong untuk menjamah sarapan kami dan sarapan ditaja oleh YB Yaakob sapari. Memang sedap sungguh masakakn orang kampung segala sedap.

Perjalanan diteruskan ke pekan Kuah untuk menuju ke destinasi kami . Dalam perjalanan menaiki feri  ketika macam ragam manusia. Masing-masing teruja untuk melangkah ke dalam feri  sarat dengan muatan. Tiada ruang kosong penuh dengan manusia. Kasihan anakku Amaar terpaksa di riba oleh opahnya. Wahai anakandaku sabar sayang mungkin  Allah nak menguji ibu tahap mana kesabaran ibu.



 
 

 Bergambar kenangan di dalam Feri
 
Begitu Ceria bersama di dalam Feri
 
  Sampai di Pulau Langkawi kami dijangka untuk pergi ke Taman Helang namun apakan daya hujan gerimis kami teruskan ke Masjid Al Hana. Kelihatannya Cik Genit saya ni ceria bila sampai ke Masjid Al Hana segalanya dipermudahkan. Kami sempat solat di sini dan seterusnya kami dibawa ke Kilang Minyak Nusantara Jaya untuk kami borong minyak. 




Seterusnya kami terus ke Hotel untuk check in di Hotel dan santapan tengah hari.  Sesampai di sana terharu dengan hospitality di hotel Alia Resident. Memang menunggu kehadiran kami.  Berikut adalah antara hidangan yang dijamukan kepada kami buat santapan tengahhari kami.
Seterusnya jadual terisi dengan lawatan ke Cable Car. Sebelum itu berlakunya tragedi kisah Amaar yang mengecutkan perut ibunya. Disaat kami nak bertolak didapati Amaar tiada di dalam bas dan pantasnya ku bergegas mencari Amaar di temani oleh Kak Ton mencari Amaar. Kami jumpa dia di padang Futsal kerana rajuknya dia menunggu bas terlalu lama.

Sampai di sana kami terus mendaftar masuk dan sememangnya caturan kita dipermudahkan dan penerbangan kami melalui cable car meninggalkan kesan yang mendalam kedalam jiwa anak-anak.
Besarnya nikmat yang Allah beri kepada kami untuk kami nikmati.







setelah itu kami singgah ke pantai Chenang menikmati Laksa ikan sekoq and pasembor dan pasembor memang terbaik sangat
 




Seterusnya kami singgah di hotel Aries untuk santapan Malam.  Sebelum menjamu, kami dijamu dengan santapan rohani oleh Ustazah Norhidayah di Surau Hotel Aries. Sungguh bermakna lawatan kami diiringi dengan majlis ilmu. Kerana kami pasti dunia hanya sementara menuju alam yang kekal.

Dan pulang ke Hotel Alia Resident Aysh tidur nyenyak kepenatan.

Kami dikejutkan dengan suara jam phone untuk bangun subuh di Surau Sementara Alia Resident dan kami solat disana setelah itu kuliyyah subuh disampaikan oleh ustazah Norhidayah.

 

 Setelah sarapan kami singgah di gerai menjual kasut dan topi untuk kami ke pulau Dayang bunting dan pembelian bersama memang menghiburkan dengan gelagat kakak-kakak yang pandai menawar. Untung besar tokey kedai ini.


Di Tasik Dayang Bunting
 
Di dalam bot menuju ke Pulau Basah
 


Muka-muka teruja menuju ke Pulau Basah


 
Pulau Beras Basah


Setelah menikmati air laut yang bersih di pulau Dayang Bunting dan beras basah maka kembali naik kedaratan dan terus Hotel untuk lunch
 

Sebelum Dinner caturan kami ke H& G mall dan  apa lagi kakandaku Jalilah merupakan juara dalam membeli belah tu diaa Beg 3 set vision tuu dan setelah itu kami pulang untuk makan malam




 Aysh Tidur lena..... manakala makcik-makcik bermanda-manda dimalam hari

Dinner fully served by 2 master cheff. Memang sedap
Esok pagi ku gagahkan juga untuk solat subuh berjemaah dengan membawa 2orang sahabat setia Amir and Amaar

Dan agenda diteruskan ke Lawatan Taafiz Maahad tetapi sebelum kami beramai-ramai bergambar didepan Alia resident sebelum kami bertolak ke Maahad taafiz Lilbanat.


 sesampai kami dsana kami disambut oleh ustaz dan dijamu dengna jamulan ringan


 

 
Menuju Feri

Bersama keluaraga Lilbanat dan Ustaz dan seterusnya misi diteruskan ke Padang Besar tetapi badan bagaikan mahu rebah tak terdaya namun kugagahkan juga.

 Sesampai disana, kelihatan Kakak mengalirkan air mata kerana mengenangkan adik-adik yang tidak turut serta. Sungguh luluh kasih sayangmu kakak. Ibu mana yang akan gembira melihat keadaan itu dan seterusnya kami duduk ditaman menunggu sahabat lain untuk membeli belah dan setelah selesai kami pulang ke Shah Alam
 

No comments: