Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, January 24, 2015

Majlis Aqiqah Aysh Aysyah ..Terjalinnya Kasih




Kupanjat syukur kerana segala perancangan untuk majlis Aqiqah berjalan dengan sempurna. Limpahan kasih sayang dari semua auntie-auntie yang hadir bagi memeriahkan suasana dan membuat hati kami terharu.

sebelum majlis bermula Adam Amir dan Amaar bertungkus lumus membersihakan rumah kami. Adam dan rakannya achat dan azril  sangat bersemangat dalam usaha mengecat rumah.  Kelihatan rumah kami terasa benar lapangnya, almaklumlah rumah kurang perabot.

Malamnya pembersihan terakhir sebelum menjelang esok.



Majlis dimulakan dengan majlis bacaan yassin yang dipimpin oleh ustazah Hidayah. Setelah itu diikuti dengan tazkirah ringkas menceritakan cara mendidik anak-anak . Sangat terkesan penerangan dari  ustazah lebih-lebih lagi dalam usaha mendekatkan diri dengan anak-anak meningkat dewasa. 

Metafora tarik tali itu sangat benar dan yakin ianya dapat merapakan hubungan dengan anak-anak. Contohnya kita ingin anak kita sama-sama sertai solat subuh dan kuliyyah bersama pastinya anak juga ingin ibubapa mereka bersama dengan mereka dalam acara yang mereka minati. Tak salah kita bersama menonton wayang bersama dan kita kaitkan cerita wayang yang ditonton dengan ibrah yang baik. sebagai contohnya Hobbit banyak teladan yang kita boleh ceritakan pada anak-anak selain dari sifat tamak yang tertanam dalam diri mereka.




Pencerahan yang sangat menarik buat kami ibu-ibu membuka mata kami


Pada hari sebelum majlis iaitu hari jumaat kami menyaksikan penyembelihan kambing Aysh. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya dan kami dapat mengaminkan penyembelihan tersebut. Penyembelihan di kandang ternak Mayah Catering.  Masakkan Kambing Kuzi memang sedap dan ramai yang memujinya.

 Berikut adalah sahabat yang sangat banyak membantu. Mereka semua menyuntik semangat dikala suka dan duka. Terasa amat beruntuk kerana memberikan dan menghadirkan sahabat2 ini didalam hidup ini. Merasa sangat selesa dengan kehadiran mereka dan  akan terus berkawan sampailah bila2.

Dalam Islam tu sebenarnya sangat mengangkat darjat sesiapa yang bersahabat kerana Allah. Seorang sahabat yang bersahabat kerana Allah akan mencintai sahabatnya itu melebihi dirinya sendiri. Dia inginkan kebaikan kepada sahabatnya itu sepertimana dia inginkan kebaikan itu padanya. Menegur bila perlu dan mengajak ke arah kebaikan. Dan bila mana dia menyedari kekurangan daripada sahabatnya itu, dia berlapang dada. Sahabat seperti inilah yang akan sentiasa teguh bersama dalam apa jua keadaan sekalipun.


wajah-wajah adinda kesayangan hamba, Ayu, Ana, Ikin dan Ida






Aysh kehadiran mu tidak pernah dirancang namun kami beryukur kerana kehadirannya banyak memberi semangat kepada kami sekeluarga untuk terus melangkah mencari jalan NYA. Semoga menjadi penegak kalimatullah, sehebat Khadijah, sesabar Hajar Secantik Zulaikha dan sebijak Ayshah yang seperti namanya....











No comments: