Masa berlalu yang berlalu begitu pantas sekali membayangi masa yang tinggal juga akan jadi begitu meskipun ia kelihatan sayup di hadapan. Cuba bayangkan bagaimana ketika mahu menyambut ketibaan ulang tahun pada diri ini merasa amat genta sekali kerana senantiasa muhasabah apakah tahun ini dapat memberi tambah baikkan dalam berilbadah.

Tahun berganti tahun. Masa beredar pantas tanpa kita sedari usia bertambah dengan laju sekali. Putaran kehidupan yang telah diceritakan oleh Allah SWT melalui ayat 54, surah  Ar-Rum hampir ditempuh oleh kebanyakan mereka yang mahu menekuni dan mengamati perjalanan kehidupan mereka.
Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat.
Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakinya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
 Maka setiap ulang tahun kelahiran maka tersurat, reja kehidupan manusia semakin susut. Jika masa itu ibarat butir-butir mutiara atau permata yang dimiliki, maka permata berharga ini sudah hilang satu persatu dan bakinya dapat dilihat dengan jelas oleh pemiliknya. Oleh kerana itu majlis ulang tahun ini kuraikan bersama bonda Normah bagiku hari tersebut merupakan hari bersejarah buat bonda Normah.