Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, January 12, 2016

Kasih Sayang Bertapak Pada Tapak Yang Kukuh
















Insan fitrahnya akan melakukan kebaikan sesama manusia, sama ada dia beriman beriman ataupun tidak. Selagi mana nama manusia mereka seorang yang akan ada nilai-nilaik kebaikan yang dikongsi manusia sejagat. Akan tetapi kesemua ini disisi Allah berbeza apabila seseorang melakukan kerana keimanan kepada Allah dan mengharapkan pahala daripadanya. \

Apa yang perlu menghadirkan niat untuk melakukan sesuatu mengharapkan pahala Allah agar apa kita lakukan dikira sebagai ibadah. Lantaran itu jika berniat untuk bersahabat kerana Allah maka perkukuhkan niat itu.

Persahabatan orang beriman menjangkau pangkat, darjat atau harta. Persahabatan dan kasih sayang antara mereka bertapak pada satu pasak yang kukuh iaitu “TAQWA.” Huraian Sayyidina Ali RA terhadap tafsir ayat ini cukup menyentuh hati:
قال: خليلان مؤمنان، وخليلان كافران، فمات أحد المؤمنين فقال: يا ربّ إن فلانا كان يأمرني بطاعتك وطاعة رسولك، ويأمرني بالخير، وينهاني عن الشرّ ويخبرني أني ملاقيك يا ربّ فلا تضله بعدي واهده كما هديتني وأكرمه كما أكرمتني، فإذا مات خليله المؤمن جمع بينهما فيقول: ليثن أحدكما على صاحبه فيقول: يا ربّ إنه كان يأمرني بطاعتك وطاعة رسولك، ويأمرني بالخير، وينهاني عن الشرّ، ويخبرني أني ملاقيك، فيقول: نعم الخليل، ونعم الأخ، ونعم الصاحب; قال: ويموت أحد الكافرين فيقول: يا ربّ إن فلانا كان ينهاني عن طاعتك وطاعة رسولك، ويأمرني بالشرّ، وينهاني عن الخير، ويخبرني أني غير ملاقيك، فيقول: بئس الأخ، وبئس الخليل، وبئس الصاحب.
Ertinya: Sayyidina Ali RA berkata: Ada 2 teman beriman dan 2 teman kafir. Setelah salah seorang teman orang beriman itu mati. (Ketika di alam barzakh) beliau berdoa: “Wahai TuhanKu, (semasa di dunia dahulu) temanku itu selalu menyuruhku agar mentaatiMu dan RasulMu. Dia juga senantiasa menyuruhku melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Dia juga selalu mengingatkanku bahawa aku pasti akan bertemu denganMu. Wahai Tuhanku, janganlah Engkau sesatkan dia selepas kematianku. Bimbinglah dia sebagaimana Engkau telah membimbingku dan muliakanlah dia sebagaimana Engkau telah memuliakanku! Apabila temannya yang beriman itu turut meninggal dunia, keduanya dikumpulkan bersama (di alam barzakh). Allah pun berkata: (Kesejahteraan) ini berlaku kerana doa penghindar keburukan yang berlaku antara kedua kamu. ……Allah lalu berkata: (Itulah) sebaik-baik teman, saudara dan sahabat.
Apabila salah seorang dari yang kufur pula mati, dia akan berkata: “Wahai Tuhan, (semasa di dunia dahulu) temanku itu selalu melarangku dari mentaatiMu dan RasulMu. Dia juga selalu mendorongku melakukan kejahatan dan mencegahku dari melakukan kebaikan. Dia juga selalu meyakinkan bahawa aku tidak akan bertemu denganMu. Allah lalu berfirman: (Itulah) seburuk-buruk saudara, teman dan sahabat (Tafsir al-Tabari).

No comments: