Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, May 11, 2016

Keriangan Bersama anak-anak yang ramai.

 Tips untuk uruskan Anak yang Ramai 

๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ฆJangan bertangguh dalam urusan memandikan anak. Apabila anak sudah bangun madikan dengan segera kerana mood mereka cepat berubah. Selepas mandi, mereka akan lebih segar dan mengelakkan anak-anak menjadi moody .



๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ฆBeri makan awal dan secara beramai-ramai. ini memudahkan kita memantau anak-anak dan biasanya mereka lebih berselera apabila makan beramai-ramai. Disamping itu, ia juga memudahkan proses mengemas selepas makan.


๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ฆTidak ditangguhkan permintaan anak-anak. Contohnya mereka meminta susu. Ini bagi mengelakkan mereka tantrum kerana tidak diberi perhatian.

๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ฆSusun dan sediakan pakaian dan lampin anak-anak di satu tempat yang mudah diambil. Biasanya anak-anak perlu bertukar pakaian selalu. Pastikan pakaian anak-anak diasingkan tidak bercampur aduk.

๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ฆ Sediakan ruang untuk bermain, peralatan mainan yang sesuai dan atur jadual untuk mereka bermain ini memudahkan kita melakukan tugasan lain.


๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ฆTetapkan waktu untuk mereka tidur pada waktu tengah hari dan malam. Waktu tidur yang terangcang memudahkan kita melakukan tugasan kita.


๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ฆElakkan diri leka dengan handphone  apabila sedang melakukan tugasan seperti memasak. Ini kerana dikhuatiri  berlaku perkara yang tidak diingini . Kecuaian berlaku dalam sekelip mata.


๐Ÿ‘ถ๐Ÿ‘ฆBanyakkan bersabar dengan kerenah anak-anak. Tanamkan dalam inda bahawa anak-anak kita yang kecil itu sebenarnya sedang membesar dengan cepat. Kelak kita pasti merindui keletah mereka semasa kecil.








fuzidss
 Sumber : Baju Kelawar Bedak Sejuk.

No comments: