Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, August 2, 2016

Ukhuwah Itu Indah, Jika Segalanya KeranaNYA

 “Buat kerana Allah. Jangan buat kerana manusia. Kelak pabila manusia hilang, akan hilang semangat bekerja. Tetapi buat kerana Allah, Allah akan tetap ada.”

Itulah fungsinya sahabat yang saling berkasih sayang kerana Allah. Sahabat yang sebenar ialah sahabat yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah walaupun hanya dengan melihatnya sahaja. Ramai kawan tak bererti kita punyai ramai sahabat kerana memang sukar untuk mencari sahabat diketika ini. Justeru, andaikata anda sudah mempunyai sahabat, maka peliharalah sebaiknya persahabatan anda agar tidak menyesal di hari kemudian.

Kadangkala keikhlasan itu memerlukan paksaan memandangkan kita punyai urusan lain yang perlu dilaksanakan namun segala niat yang ingin membantu perlukan desakkan yang kuat agar diri sedar bahawa walaupun sedikit sumbangan namun jika diusahakan bersama maka ia dapat mengurangkan bebanan insan lain. Bila berukhuwah akan menyuntik diri untuk terus berusaha, bersemangat pada diri, walaupun secara tidak sedar kerana faktor persekitaran yang menarik untuk kekal  positif dalam segala tindakkan.

Bila kerja dibuat secara bersama menang segera sudahnya

Sahabat-sahabat yang pernah bertemu di dunia ini kerana Allah SWT dan berbincang bersama-sama untuk menjalankan kerja-kerja dakwah, melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengajak manusia lain untuk kembali kepada ajaran Islam nanti akan bertemu disyurga. Mereka akan mencari sahabat-sahabat mereka yang lain kenapa ada diantara mereka tidak berada disyurga? Sekiranya ada dikalangan mereka yang telah memasuki neraka maka mereka akan cuba memohon kepada Allah SWT untuk memberi syafaat kepada sahabat-sahabat mereka yang diseksa dineraka.

Dengan itu marilah kita perbetulkan niat kita dalam persahabatan ini. Janganlah ada diantara kita cuba merosakkan persahabatan kerana Allah SWT ini dengan menibulkan perselisihan, fitnah memfitnah dan mengaibkan sesama kita. Jika ada perkara yang diperselisihkan perlulah saling bermaaf-maafan dan selesaikanlah secara hikmah dan lemah lembut. Buangkan segala sifat sombong, ujub dan bangga diri dalam diri kita dan hiasilah akhlak kita dengan akhlak Islam dan binalah ikatan persahabatan dan persaudaraan di antara kita semata-mata kerana Allah SWT.



No comments: