Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, October 19, 2016

Mencari Cahaya Hikmah


Kita mungkin tak pernah merasa bagaimana sunyinya sesebuah keluarga tanpa anak-anak disamping. Lebih-lebih lagi, insan yang bergelar ibu tunggal.

Selepas azan isyak, tiba2 terlihat terlihat message ukhti ini perlukan teman disisi untuk makan malam. Memang jadi tak keruan dibuatnya pabila baca message beliaus, sepantas kilat saya cuba usahakan untuk menemani beliau. Hujan lebat membasahi bumi tidak menghalang kami untuk bertemu. Maka terlerailah apa terbuku dihati bila kami berdua.

Wahai Ukhti, sesungguhnya ceritamu ini menyentuh perasaan namun beliau masih mampu mengukir senyuman menjdikan saya lebih bersemangat dan tabah dalam melayari hidup sebagai seorang ibu.

Dikala anak-anak punyai tanggungjawab masing-masing, maka tinggal ibu ini keseorangan. Disaat ini pasti seseorang hadir sebagai peneman bicara sangat diperlukan. 



Beliau berkeadaan begini mungkin kesan dari ubat yang perlu diambil bagi membuang batu karang beliau  menjadikan beliau lebih stress dan merasa keseorangan tanpa teman. Bila melihat keadaan ibu ini, maka terlayar bait-bait lirik lagu irfan haris..

tuhan tolonglah bukakan
cinta dan kasih dalam hidupku,
waktukan menyepi kian pergi membawaku
saat ternantiku akan rahmatmu

ku imbasi jalan yang berliku,
penuh gelap bisa yang harus kutakutkan
merantai jiwaku berat hatiku menanggung,
usah biar hidupku untuk hanyut lagi.

tanpa redhamu aku sakit
menahan rasa pedihnya berdosa
berikan sinar dalam hatiku
saat bila KAU terima ampunanku
terangi dengan cahaya hikmahmu

Saya cuba mengubah rentak perbualan, menceritakan rentak hidup saya dalam minggu ini yang kelihatannya sangat penuh sangat agenda yang kekadang tidak tergambar diminda ini dapat memenuhi semua yang dirancang.

Maka tanpa dipaksa mendorong saya untuk berkongsi kisah rutin saya dengannya bagaimana rutin bermula sebelum subuh. Pada mulanya memang agas stress ialahkan, tangan ni asyik basah je mengadap pinggan namu   sesibuk manapun diri, jangan diambil enteng tentang kesihatan diri.

Setelah usai urusan dapur dipagi hari maka berjalan sepusingan di Tasek Seksyen 7 itu acara wajib dab mendapat bahan bacaan di Seven E. Sesudah itu kembali ke dapur untuk penyediaan lunch untuk anak-anak dan petang setiap selasa, Khamis dan Jumaat akan menjengah kolam Uitm bagi bagi memenuhi acara renang dan hujung minggu kami akan mendaki ke Bukit Cerakah.

Kelihatannya beliau berminat untuk turut serta dan mudah-mudahan masa beliau bersama kami dapat mengisi masa beliau.





setiap pagi hari  bekerja, pasti ke tasek morning walk sebelum suami keluar bekerja.

dan pagi sabtu kami mendaki bukit saputangan bersama-sama ukhti bagi mengubah angin.



dan aktiviti renang dan juga aktiviti memasak.







No comments: