Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, January 27, 2017

Sijil Faraid ...Kenapa Perlu?




Sebelum ini, saya  tertanya-tanya apa sebenarnya yang dikatakan sebagai Sijil Faraid. Kenapa perlukan siji tersebut?  Kenapa perlu dibuat segera?
Ini kerana pabila berlaku kematian seseorang Muslim, maka urusan penyelesaian pusaka jangan dilengah-lengahkan atau ditangguhkan kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah yang lebih kronik.Masalah yang mungkin timbul adalah seperti masalah pusaka berlapis, memakan harta anak yatim secara batil ataupun tertinggal waris berhak yang lain tanpa disedari dan lain-lain.

Abah kepada Allahyarham iaitu Haji Saidon telah dengan sesuci hatinya melantik saya menggalaskan sebagai menguruskan harta pusaka Allahyarham kekasih hati saya dengan segera, maka sebaik-baiknya saya perlu mendapatkan Sijil Faraid di Mahkamah Syariah. Maka borang tersebut telah selamat diterima di Mahkamah Syariah Shah Alam. Tujuannya adalah untuk memudahkan dan melancarkan urusan pembahagian harta pusaka si mati tadi, agar keadilan dapat dilaksanakan kepada pihak-pihak atau waris-waris yang berhak ke atas harta pusaka Allahyarham kanda.

Adapun Sijil Faraid sebenarnya ialah dokumen perakuan ahli waris yang beragama Islam bagi menyatakan kesahihan ahli-ahli waris yang berhak dan kadar bahagian yang diperoleh mereka. 
Ia dikeluarkan jika wujud permohonan daripada pihak-pihak tertentu yang berhasrat menguruskan pembahagian harta pusaka Allahyarham mengikut faraid.

Kandungan Sijil

Permohonan tersebut didengar dalam satu perbicaraan bagi menentukan waris-waris yang berhak mewarisi dan bahagian yang diperoleh masing-masing. Sijil ini mengandungi nilaian harta pusaka si mati, nama waris-waris yang berhak dan bahagian setiap waris yang berhak atas harta pusaka tersebut. Perbicaraan untuk kes Allahyarham kanda akan berlangsung pada 13 Feb 2017. Sijil Faraid ini perlu disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.Hanya Mahkamah Syariah negeri-negeri sahaja yang diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Faraid.

Ini dapat dilihat dalam peruntukan Enakmen negeri-negeri, contohnya dalam Seksyen 65, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, menyatakan:-

“Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubung dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, mempunyai kewajipan untuk menentukan orang yang berhak mendapat bahagian dalam harta pusaka itu atau, bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak, Mahkamah Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari atau wakilnya, dan setelah dibayar olehnya fi yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati oleh Mahkamah Syariah itu dan pendapat Mahkamah Syariah itu tentang orang yang berhak atau bahagian-bahagian itu.”


Kepentingan Sijil Faraid

Sijil Faraid ini penting bagi pihak yang berhasrat untuk menguruskan harta pusaka si mati apabila permohonan tuntutan pusaka dibuat di Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi atau Unit Pembahagian Pusaka bagi kes kematian orang Islam.Dalam hal ini, Sijil Faraid diperlukan untuk dilampirkan bersama sebagai bukti bahawa penentuan waris-waris yang berhak telah dilakukan atas harta si mati apabila permohonan dibuat.

Selain itu, Sijil Faraid ini juga diperlukan dalam hal berhubung dengan tuntutan semua harta pusaka si mati seperti wang simpanan di institusi-institusi kewangan, Lembaga Tabung haji, KWSP , Akaun Bank yang jumlah simpanan melebihi dari RM3000.00, Unit Trust secara tunaidan lain-lain.

Di samping itu, dengan adanya Sijil Faraid ini, ia dapat mengelakkan waris yang tidak berhak menurut faraid daripada memperoleh harta pusaka si mati, sekiranya Sijil Faraid tidak dikeluarkan, berkemungkinan memudahkan berlakunya penipuan oleh ahli waris dan mengakibatkan ketidakadilan kepada ahli waris yang sememangnya berhak ke atas harta pusaka tersebut mengikut faraid. 

Begitu juga jika berlaku kesilapan dalam memberikan Sijil Faraid, maka bermakna kesilapan dalam membahagikan harta pusaka kepada ahli waris yang berhak, sekaligus telah menyebabkan ketidakadilan berlaku terhadap mereka.

Namun demikian, biasanya selepas berlakunya sesuatu kematian, terdapat ahli-ahli waris yang melengah-lengahkan dan bersikap mengambil mudah atau memandang remeh urusan untuk mendapatkan Sijil Faraid yang akhirnya menyebabkan banyak kes-kes berlapis, seterusnya akan menjadi sukar untuk diselesaikan sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada ahli-ahli waris.

Lebih membimbangkan islah apabila terdapat ahli-ahli waris yang menyembunyikan harta pusaka, tidak menamakan ahli waris yang tepat, tidak memasukkan nama waris berhak yang meninggal dunia (selepas kematian si mati) kerana beranggapan waris tersebut sudah tidak perlu mendapat harta pusaka dan patut ditinggalkan sahaja nama mereka, sedangkan waris-waris mereka berhak mewarisi bahagian mereka yang telah meninggal dunia tadi.


Proses Pemohonan

Berhubung proses bagi permohonan Sijil Faraid di Mahkamah Rendah Syariah ini, ia bermula apabila terdapat permohonan yang dibuat oleh pemohon, seterusnya, pihak mahkamah akan menerima dan menyemak semua dokumen dan butiran yang diperlukan daripada pemohon.Jika didapati dokumen tersebut tidak lengkap, ia akan dikembalikan kepada pemohon.

Jika dokumen tersebut telah lengkap termasuk bayaran fi dibuat oleh pemohon, pihak mahkamah akan meletakkan cop tanda terima bayaran fi pada muka hadapan borang permohonan dan ia akan direkod dalam sistem e-Syariah di samping mengeluarkan resit pembayaran.

Seterusnya, pihak mahkamah akan menetapkan tarikh siasatan ahli-ahli waris dan siasatan sepenuhnya akan dijalankan dengan melakukan soal siasat terhadap ahli-ahli warisnya sehingga mereka berpuas hati.Jika siasatan selesai, maka Sijil Faraid akan dikeluarkan.

Langkah seterusnya adalah untuk menuntut Harta Sepencarian.

Wallahua'lam

Wednesday, January 25, 2017

Semakin Besar Rasa Sabar, Semakin Besar Rasa Ketidakkhuatiran ..


Saya tidak ingin jatuh lagi di lubang yang sama, sekarang saatnya untuk saya membenahi diriku sendiri. Menguatkan tentang iman, menyabarkan tentang penantian, dan membesarkan tentang rasa syukur. Sudah terlalu jauh aku dari itu semua, sebab masa itu yang ada dipikiranku hanya dia dan dia. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, dan setiap detik. Saya melupakan hal yang seharusnya tidak boleh aku lupakan namun belajar untuk bersabar dan ikhlas, semakin besar rasa sabar dan ikhlas, maka  semakin besar rasa tidakkhuatir terhadap apa yang akan mendatang


Saya akan pastikan untuk bangun menggapai untuk naik sedikit-demi sedikit. Cuba membuka mata di hari yang baru. Sedih memang, namun saya menemukan kenyamanan didalam kesendirian. Memang ia sesuatu yang sangat sulit dalam menjalani dan menguruskan semuanya sendirian yang saya jalani. Istiqomahkanlah diri ini pada jalannya. 

Hari-hari berlalu penuh dengan usaha untuk menyelesaikan segala urusan. Bulan ini banyak menjelajahi terma-terma syariah tentang hak-hak yang perlu difahami. setelah melengkapkan borang faraid di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, saya disarankan untuk menuntut hak harta sepencarian dan mengusulkan Penjaga Ad-litem bagi miliki kuasa pengawasan anak bawah umur.

Harta Sepencarian


Harta sepencarian merupakan “harta yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri dari hasil usaha mereka bersama, sama ada mereka berusaha dalam satu bidang kerja seperti sama-sama bekerja membuat segalanya bersama, sama-sama lalui hari-hari mencari rezeki, dan hasil dari pendapatan itu dibelikan sesuatu harta tak alih atau harta alih seperti saham dan sebagainya, sama ada harta itu atas nama bersama atau atas nama suami , pokoknya ialah mereka hendaklah sama-sama menyumbangkan tenaga atau modal dalam mengadakan harta tersebut dalam jangkamasa bersuami isteri atau dalam tempoh perkahwinan. Saya sebagai pemohon perlu menyediakan satu saman dan penyataan tuntutan kepada Mahkamah. Dalam penyataan tuntutan ini saya perlu memberi alasan kenapa saya perlu menuntut.

Jika dilihat dari semua perjanjian jual beli rumah, jelas tertera  niat murni Allahyarham suami saya atas nama cinta untuk isterinya. Sesungguhnya Allahyarham memang seorang suami yang benar-benar baik dari segala sudut namun Allah lebih menyanginya dan pasti ingin melihat saya sebagai ibu kepada anak-anaknya mendidik anak-anaknya dengan hasil sepencarian kami bersama. Hidup ini indah kerana kita mematuhi segala perintahnya dan penuhi amanat Allahyarham.. Bagi saya perjanjian ini ditandatangani oleh kami berdua sebagai  suami-isteri semasa hidup merupakan satu Deklarasi Harta Sepencarian dimana suami bersetuju membahagi sejumlah harta, katakan 50% harta itu kepada isterinya jika salah seorang dari kami pergi dahulu. Allahyarham adalah ketetapkan terindah dan saya akan mencintainya selalu dan menjaga amanahnya mendidik anak-anaknya.


Permohonan Ad-Litem

Penjaga ad-litem miliki kuasa pengawasan anak bawah umur. Mahkamah mengarahkan saya untuk melantik salah seorang dari 6 dari pihak defendan melantik penjaga ad-litem kepada anak saya yang masih bawah umur. Ini bermaksud, Adam dilantik untuk menjaga adik-adiknya atau secara legalnya adalah sebagai penjaga Ad-liem.Saya dimaklumkan bahawa penjaga ad-litem ini mempunyai kuasa penuh ke atas anak saya dan apa-apa keputusan dibuat penjaga itu akan memberi kesan kepada anak saya. 

Seseorang penjaga ad-litem hendaklah diluluskan dengan wajar oleh mahkamah. Maksudnya seseorang yang ingin menjadi penjaga ad-litem perlu memohon kepada mahkamah dan mahkamah hendaklah menyiasat serta membuat pertimbangan adil, kerana kesannya apa-apa persetujuan atau pengetepian dibuat penjaga ad-litem akan mengikat orang yang tidak berkeupayaan itu.

Disamping itu sepanjang bulan ini juga menguruskan lampiran-lampiran untuk pejabat tanah. Dan tanpa disedari bahawa tahun 2017 mampir dan segala urusan di pejabat tanah dan majlis bandaran perlu dilakukan semula. Segalanya dilakukan semula memastikan dokumen ini lengkap dan sempurna. Yang bisa dilakukan adalah bersabar dalam segala birokrasi dunia ini. Wahai diri, sedarilah kamu wanita yang hebat untuk berdiri bersama-sama anak-anakmu disampingmu disamping mendampingiNYA. 



Bila menyiapkan segala dokument  untuk "submission of Death Claim" untuk insurance Allianz, baru teringat bahawa kekasih hati saya ini pernah bercerita bahawa Insurance nya telah dihentikan bayarannya dan dibatalkan pada jangkaanya namun tidak disangka bahawa ajen tersebut yang asing dalam Islam mengusulkan untuk membuat polisi yang baru tanpa segala bayaran namun jumlah pampasan agak kurang. Allahyarham sangat terharu dengan ajen tersebut. Saya terlupa dengan polisi tersebut namun pabila peringatan-peringatan muncul, saya pun melangkahkan kaki untuk memanjat bangun Allianz dan alangkan terperanjatnya beliau layak untuk menerima pampasan walaupun jumlah tidak banyak namun inilah usaha seorang ajen yang sangat murni usahanya untuk membantu kekasih hati saya. Semoga Allah berikan hidayah pada hamba ini.
Yang sakit itu bukan merindui, tapi merasa kosong kerana tidak ada yang dirindui. Tapi tak mengapa kerana sesungguhnya ada yang sedang menunggu keberadaanku. Terlelah diri ini melangkan namun melihat wajah anak-anak saya perlu kuat.


Anakanda Alif, bilakah kali terakhir kamu tersenyum seikhlas hatimu?...Kerana akhir2 ini kamu sering bersedih kerana cintamu pergi, tentu harus ada yang diperbaiki. Ketahuilah masih ada ada cinta yang selalu menerimamu dgn segala kekurangan. Ingatlah hari2 yang indah pernah terukir tidak ada yang terbeban penuh keramahan..tangan yang menyambut sentiasa cintamu....dan senantisa disampingmu .


Rujukkan Buku : Menuju Baik itu baik & Ketetapan Terindah

Friday, January 13, 2017

Kan Ditaburi Hari-hari sendiriku Dengan Senyum Tanpa Ragu



 Kepada aku yang menunggu  telah menunggu dan terus menunggu, kuatkan lah aku dan hebatkanlah pendirianku atas apa yang pernah ku ragukan. Ketika keraguan mendatang,  kuputarkan menjadi keyakinan.  Maafkan keraguanku, kelak kan selalu kutaburi  hari-hari sendiriku dengan senyum dan tanpa ragu. InsyaAllah jika saling menjaga dalam heningnya cinta, kita akan dipertemukan kembali dan mengikrarkan janji sesyurga...

Insyaallah hari-hari yang mendatang bersama sigenit kecil ini dan semakin bergaya namun ingatan terhadap abahnya masih terus kekal. setiap hari menatap handphone abahnya pasti dicium wajah abahnya . Her favourite gambar with her abah. Selalu akan dicium wajah abahnya. I will always tell her about a good behaviour of her abah. He  is a wonderful abah and the best in the world, no one can replace him.



 Pada 10 Januari 2017 maka genaplah 2 bulah saya didalam iddah dan genaplah 2 bulan pemergiannya. Masa begitu pantas berlalu namun seperti baru semalam beliau meninggalkan kami. Memang agak kepenatan  sejak, akhir-akhir ni di minggu pertama persekolahan namun alhamdulillah pada 11 Januari telah kami telah mengfilekan dokumen berhubung dengan faraid dan di depan pagawai Pendaftar di Mahkamah Syariah Shah Alam. Allah permudahkan urusannya pada mulanya agak keberatan juga pegawai pendaftar untuk menerima dokumen kami kerana prosedurenya kami perlu menghantar dokument untuk harta sepencarian memandangkan saya telah sempurnakan dokumen dengan  lengkap maka pegawai tersebut tidak teragak-agak menerima dokumen kami dan tarikh sebutan adalah pada 13 Febuari 2017.




 Borang seterusnya adalah borang  untuk pendaftaran harta sepencarian memerlukan lapan salinan dan berikut adalah segala butiran yang perlu dilampirkan.... Yessss insyaallah I can do it.. lets have a smile today..