Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, August 12, 2017

Apakah Yang Perlu Dilakukan Bila Berlakunya Kematian


Ramai sahabat-sahabat mohon saya kongsikan pengalaman saya ketika saya berdepan dengan kematian Allahyarham suami saya. InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman saya dan bagaimana saya cuba tenang menangani situasi tersebut.

1-Dapatkan Pengesahan kematian dari doktor klinik/Paramedik Hospital/Hospital
Pada 4.45  pagi saya telah dimaklumkan oleh paramedik iaitu En Taufik bahawa Allahyarham telah tiada lagi. Saya terpaku dan terdiam seketika. Saat itu memang tiada air mata yang mengalir mungkin apa yang difikirkan adalah apa tindakkan segera yang perlu saya lakukan.

 2. Maklumkan kpd ahli jawatankuasa masjid/surau terdekat. InsyaAllah orang masjid/surau akan membantu uruskan jenazah. Dan dalam hal ini Allahyarham adalah  ahli khariat kematian samada di surau  Al Mawaddah. Diketika kejadian pagi itu dibenak saya hanya mencari ahli jawatankuasa surau yang hadir ketika itu dan  mata saya memandang sekeliling saya mencari tubuh badan yang boleh saya rujuk. Terlihat Imam Syarafi dan lantas denga luncurnya mulut ini mengungkap pertanyaan. " Imam, apa yang perlu saya lakukan ketika ini"? Imam seolah-olah terkejut dengan soalan itu kerana mungkin tidak menjangka saya akan ajukan soalan seperti itu. Lantas imam menjawab, " kita akan bawa jenazah kebawah dan kita akan maklumkan kepada jiran-jiran terdekat tentang berita kematian Allahyarham Fuzi, dan mohon maklumkan kepada saudara terdekat. Mohon juga puan sediakan kain batik 3 helai dan juga tuala bagi tujuan mandi jenazah nanti.  (Alhamdulillah kain tersebut telah tersedia awal ) Seterusnya imam memaklumkan bahawa Jenazah akan dibawa ke Surau Al Mawaddah pada pukul 11.00 pagi.


3. Bersihkan Jenazah dan Uruskan Keperluan bagi menjaga Aib Allahyarham
Setelah Allahyarham dibawa turun saya senantiasa disampingnya. Sapu minyak dan losyen badannya agar badan beliau senantiasa berbau harum dan juga mudah diuruskan ketika mandi nanti. Sapukan di siku, ditelapak tangan dan letakkkan tangan di atas perut. Pastikan mata beliau tertutup rapat dan sesungguhnya mata Allahyarham memang tertutup kerana perginya di dalam tidur.Tangan diikat dengan perca kain begitu juga kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain. Saya melihat setiap sudut wajah beliau. Telinga beliau saya bersihkan dengan losyen dan hidung beliau.

4. Pastikan tubuh Jenazah diselimutkan
Sepanjang Allahyarham berada dirumah, saya memang senantiasa berada disamping beliau tidak berganjak sesaatpun. Setiap yang hadir akan saya bukakan selimut dan menutup kembali tubuh Allahyarham dengan selimut.

5.  Laporan di balai polis berhampiran.
Saya meminta adik ipar saya melaporkan kematian Allahyarham di Balai Polis Seksyen 7 dan Alhamdulillah polis tersebut mengeluarkan Permit Pengkebumian/Surat Mati untuk urusan pengkebumian. Pihak Surau menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya.


6. Ketika Mandi Jenazah
Alhamdulillah keempat-empat anak lelaki saya dan saya sendiri turut mandikan jenazah . Anis hanya berdiri didepan pintu ketika itu. Terdapat ramai sahabat-sahabat beliau yang turut memandikan jenazah Allahyarham.


7. Pengkebumian
Anak-anak saya kesemunya pergi perkebumian tersebut dan tidak saya kerana Iddah saya telah pun bermula ketika Mandi jenazah tersebut seharusnya saya tak perlu hadir namun saya perlu mengatur anak-anak ketika itu yang masih kecil untuk mereka memastikan mereka memandikan jenazah Allahyarham buat kali terakhi.

Ini merupakan chapter pertama dan ada chapter seterusnya, Insyaallah dengan sedikit coretan saya, berharap dengan perkongsian ini dapat memberi manafaat pada sahabat-sahabat saya kerana kita semua harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.


Wallahu’ala

No comments: