Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, January 17, 2019

Akedemi Mokhtar Dahari Malaysia (AMD)

Langkah Amir memang banyak liku-liku yang dilalui oleh beliau. KKLATZ (KARNIVAL KEBANGSAAN AKADEMI TUNAS ZON B12 TAHUN) anjuran NFDP ditempuhi dengan semangat kental dan ianya. Beliau tak pernah mengalah walaupun diduga berulang kali namun tetap bangkit berjuang untuk memastikan beliau berjaya menenmpatkan diri di Akademi Mokhtar Dahari di Gambang Pahang (AMD).

 Bersyukur dengan pencapaian yang sedikit namun terus istiqomah wahai anakanda.

Jelas kelihatan di air muka beliau betapa kecewanya bila mengetahui beliau tidak terpilih untuk ke MSSS namun sering kali memaklumkan beliau bahawa Apabila kita berusaha dan tetap gagal, mungkin yang gagal adalah matlamat yang besar ataupun keputusan akhir. Tetapi, fikirkan dan ingat semula pencapaian  menerusi usaha yang dilakukan, tentunya ada pencapaian yang akan diperolehi.

 Gagal dalam mencapai sasaran, tetapi tidak gagal dalam berusaha. Bersyukur dengan pencapaian yang diperolehi walaupun sedikit kerana rasa bersyukur itu adalah nikmat yang menjadikan kita lebih berusaha dengan baik dan bukan berputus asa.

Semasa pendaftaran beliau merupakan saat terindah kerana kesemua makcik dan pakcik Amir turut hadir. Kami dan semua ahli keluarga Shahadan telah turut serta menemani Amir mendaftar di AMD. Kami menginap di Caribean hotel -Gambang waterwold. Saksikan aksi kami di sana.














































No comments: