Minat dalam berbasikal ni memang dah lama tetapi di saat PKP ni niat ni terkabul . Nekat mencari basikal yang hanya bermodalkan RM600 dan kami dapat 2 basikal satu untuk si kenit dan satu untuk ibu. Tetapi what do you expect kalau harganya murah so yang penting niat mesti diteruskan. Alhamudulillah sepanjang PKP bermula dari PKP 1.0 sehingga PKP 3.0 masih istiqomah lagi berbasikal. Tak perlu memikirkan apa orang kata tapi apa badan kita perlu itu yang patut kita fikirkan.
Kenapa berbasikal? Berbasikal mungkin semakin kurang popular di Malaysia pada hari ini walaupun banyak manfaat berbasikal yang dapat diperolehi. Sebenarnya, bersukan atau bersenam secara am juga agak kurang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat negara ini. Namun sebagai seorang ibu yang sangat sibuk dalam mengurus anak-anak bagi saya perlu ada masa untuk pastikan untuk bergiat aktif dalam sebarang aktiviti berbentuk riadah. Semangat yang ditunjukkan oleh Amir menjadikan saya untuk berusaha bergiat cergas dan menjadikan ia sebagai rutin harian.
Mengapa ia merupakan pilihan yang baik sebagai senaman?
Aktiviti bersenam ini mempunyai banyak kebaikan untuk kualiti kesihatan yang baik, antara manfaat berbasikal ialah:
- Berimpak rendah – ia tidak memerlukan banyak tekanan berbanding sukan lain.
- Latihan otot yang baik – semua otot kaki yang utama terlibat.
- Mudah – tidak memerlukan skil yang susah seperti sesetengah sukan yang lain. Semua orang tahu berbasikal.
- Kecergasan dan stamina – dua aspek ini boleh ditingkatkan.
- Fleksibel – anda boleh menentukan tahap senaman yang ingin dilakukan, sama ada ringan atau berat.
- Menyeronokkan – sambil bersukan, sambil berjalan melihat permandangan sekeliling.
- Menjimatkan masa – selain semata-mata untuk bersukan, ia juga boleh berfungsi sebagai alat pengangkutan terutamanya untuk jarak yang tidak terlalu jauh.
- Meningkatkan kecergasan jantung.
- Meningkatkan kekuatan otot.
- Bagus untuk pergerakan sendi.
- Mengurangkan stres dan tekanan.
- Membantu postur dan koordinasi badan.
- Mengurangkan lemak badan.
- Mencegah pelbagai penyakit.
- Mengurangkan kebimbangan dan kemurungan.
No comments:
Post a Comment