Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, February 23, 2009

Nikmat Dikongsi, Simpati Dihulur...


Adakalanya manusia alpa pabila menikmati nikmat yang hanya sementara di dunia ini. Dalam kegagawatan yang melanda, banyak perusahaan gusar dan mula menukar strategi. Dan secara tak langsung ia pasti melibatkan para pekerjan dan sudah pastinya aku yang juga sebagai pekerja disebuah syarikat terkemuka sudah pasti merasa bahana akan gegaran itu.
Namun, aku masih bersyukur, tetapi aku merasa amat simpati kepada mereka yang benar-benar mengharapkan yang sebelum ini berusaha untuk memastikan kejayaan syarikat. Tak kala syarikat mengumumkan tiada kenaikan gaji, yang bukan berkolar putih, akan pasti merasainya. Apa yang aku mampu buat bagi membantu menaikkan jualan syarikat??? Itu yang sering bermain difikiran.
Berkat doa, alhamdulillah setelah solat.. tiba-tiba terlintas difikiranku satu idea yang amat bernas. Tidak ku tunggu..ku bangun penuh semangat menuju ke pejabat walaupun tiada siapa yang berada disana namun semangat ku meninggi. Ya Allah hamba mu ini amat berharap agar usaha ku ini membuahkan hasil dan dapat dinikmati bersama rakan-rakan sekerjaku. InsyaAllah.

2 comments:

Kay said...

have a lovely day!
(^.^)

fuzidss said...

Thanks sis.. Doakan ya..