Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, February 25, 2009

Insani Yang Gagal Mengingati Asasnya


Kadang-kala dalam kejenuhan hidup di dunia ini kita perlu sering diingatkan agar balik semula kepada asas insani. Semoga dengannya, jiwa kotor kita dapat diredakan dari taufan kehidupan. Gagal mengingati asas menyebabkan kita hilang kompas dalam kembara hidup. Justeru, mari kita keluar seketika dari kegawatan isu, ketamakan dan kerakusan dunia dengan kembali merenung kepada hakikat hidup.
Walaupun bagi sesetengah orang, perbincangan tentang Hari Akhirat bagaikan kurang ‘standard’, namun mereka tetap tidak boleh menafikan bahawa hidup ini hanya sementara. Mereka tetap akan mati dan kehidupan dunia mereka akan berakhir tanpa tarikh yang dapat diberitahu oleh sesiapa pun. Namun mereka lupa dengan kekayaan di dunia malah ada sanggup menghina mengherdik menunjukkan kuasa seolah-olah mereka akan terus hidup menongkat langit dan ada juga mereka bertindak dalam hidup ini, seakan dunia tiada Tuhan dan akhirat itu tiada wujud dalam kamus kehidupan.
Jika kita ada kompas ini dalam kehidupan, tentu kita tidak akan terlajak terlalu jauh dalam kesalahan atau penyelewengan. Jiwa dan perasaan kita sentiasa rasa dikawal sehingga kita melihat dunia dengan segala kekerdilannya dan akhirat itu adalah kehidupan sebenar. Maka reda ombak duka, atau kerakusan jiwa

3 comments:

Anonymous said...

Ada manusia yang terlupa jalan pulang.

fuzidss said...

Manusia memang mudah lupa

Kay said...

hidup sekadar suatu persinggahan....