Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, February 9, 2009

Majlis Tahlil

Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Tanggal 7 Feb 2009, setibanya pulang dari sekolah Anis, terdengar suara memberi salam. Ohh jiran tetangga ku datang untuk membantu. Emak sedang sibuk memasak ayam di dapur bergegas bangun menyambut mereka. Kak Mahani, Kak Izah, Kak Zizah & Mak Cik di jemput masuk. Kuih cucur badak di uli beramai-ramai. Merasa amat bertuah tinggal di sini kerana jiran2 ku umpama saudara terdekat terutama sekali kak Azizah.

Setelah selesai solat magrib aku turun dan kulihat jiran tetanggaku telah memenuhi ruang rumahku. berasa amat terharu kerana majoritinya hadir. Alhamdulillah. Tepat 9.15 ahli surau datang menbanjiri ruang tamu hingga memaksa muslimah berundur ke ruang dapur. Ini kerana khemah diluar telah dibanjiri oleh jiran muslimin. Ramai yang agak terkejut dengan kehadiran ahli surau yang luar jangkaan. Nasi beriani Pak Din tidak menghampakan. Ramai yang memuji terutama sekali kambing beriani. Alhamdulillah. jutaan terima kasih kepada jiran-jiranku yang turut membanting tulang dalam menjayakan majlis tahlil ini

1 comment:

Ray said...

Happy Birthday Dayang... maaf ye tak dapat join masa Tahlil... Hari sabtu mlm tu pergi rumah kakak ipar... :)