Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, July 5, 2009

Berbakti Pada Tanah : Mengingati Mati





Genggaman cangkul di tangan dipegang erat bagaikan ianya akan lari. Kata-katanya menerjah ke kotak fikiran ku. " selain berbakti pada Allah, pada tanah le kita kena berbakti. Kat situ jugak kita akhirnya". Kata-kata yang lahir dibenakku

Lamunanku serta merta hilang diterbang angin petang. Seraya merasai angin sepoi-sepoi, aku berjalan ke si ketotku Ammar, Ku lihat muka yang comel amat ceria. Mungkin terlalu gembira disamping ibunya yang selama ini menghabiskan masanya bekerja.

Biar kepanasan menampar muka ini.. aku terus dengan sabar mengerjakan, kerana Allah. Peluh-peluh merembes berebut-rebut keluar dari rongga tubuhku. Alangkan panas di dunia sebegini kecil tidak mampu ku tahan, bagaimana dengan api neraka?

Serta-merta aku dipupuk keinsafan dan rasa takut. Ya Allah, di manakah tempat aku di akhirat kelak? Benarlah, dengan berbakti pada tanah membuatkan kita lebih mudah mengingati mati. Alam ciptaan Allah sentiasa mendidik jiwa mendekati-Nya.

No comments: