Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, July 14, 2009

Zaman Remaja

Teringat di zaman muda remaja. Zaman remaja merupakan satu tempoh yang berharga yang perlu diisi dengan sebaik-baiknya.Ia datang sekali dalam seumur hidup.


  • Apa yang kita lakukan hanyalah menjalani fasa itu dengan bergembira, tanpa mahu memahami maknanya.Ramai orang berkata zaman remaja adalah masa yang indah. Banyak kenangan yang susah dilupakan, sama ada yang suka mahupun duka. Oleh kerana menganggapkan zaman ini indah, kadangkala orang tua juga merasakan desakan ‘rindu’ ingin kembali ke zaman muda.


  • Bahkan, jika Tuhan mengizinkan, mereka ingin selamanya menjadi muda tanpa mengalami zaman tua. Zaman remaja anda mula mengenal dan menyukai orang yang berlainan jantina, mengenal dan meminati berbagai jenis muzik, mengunjungi tempat-tempat hiburan dan sebagainya. Menurut ilmu psikologi, pada masa itu, anda sedang mengalami zaman pra baligh yang menyebabkan anda mengalami banyak perubahan dalam diri anda.
Secara ringkasnya, zaman remaja bermakna satu jangka masa perkembangan hidup manusia bermula apabila berakhirnya zaman kanak-kanak dan sebelum bermulanya zaman dewasa. Secara umumnya, zaman remaja ini bermula dari usia lebih kurang 11 hingga 13 tahun hinggalah usia 18 hingga 20 tahun. Zaman ku bersama sekolah darjah Enam bersama teman yang tak akan dilupakan. Zaman remajaku di Kolej. Miss you all fren.

No comments: