Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, August 11, 2009

Alhamdulillah




Alhamdulillah. Amaar baru sahaja keluar dari Hospital Univerisity Malaya. Pada hari Ahad yang lepas kami dikejutkan oleh Dr Ghulam DEMC apabila beliau menyatakan Amaar disyakki membawa H1N1 berikutan dari simtom-simtom yang terdapat padanya dan dan rekod ibunya yang pernah melawat ke Negara Thai sebelum ini.
Memandangkan wad di DEMC telah penuh, dengan prihatin Dr yang risau dan prihatin melihat keadaan Amaar yang amat lemah, beliau berusaha merujuk ke privat Hospital seperti Assunta, SJMC, KPG (SMC), Damansara Hospital namun semuanya menolak dengan alasan wad kanak-kanak telah dipenuhi oleh pesakit. Only outpatient sahaja diterima.

Kami tiada pilihan lain melainkan pergi ke University Hospital ataupun Sungai Buluh Hospital. Dengan keadaan emosi yang agak tertekan kerana amat sedeh ketika Dr Ghulam memaklumkan berita tersebut, kami bagaikan tidak dapat berkata apa-apa hanya menurut sahaja kata Dr tanpa membantah. Bagi kami apa yang terbaik buat anak kami terserahlah pada Dr memutuskannya.

Sesampai di University Hospital, seperti biasa keadaan dihospital tersebut tidak pernah berubah penuh sesak dengan manusia. Kami terpaksa menunggu sehingga 4 jam dan setelah itu baru kami dirujuk kepada Dr untuk diperiksa. Dr baru ini kurang yakin namun beliau pun ragu2 dan di masukkan ke wad Pediatrik di University Malaya. Darah Amaar di ambil untuk di uji dan esoknya debaran yang ditunggu-tunggu tiba. Dr pakar , Dr Boey menghampiri ku dan senyum terukir dimulut Dr Boey kepada ku " Jangan risau mak, your son only got fever infection and ulcer, relax and let him get rest. continue breasfeeding as his body very week right now". Alhamdulillah itulah kalimah yang terucap di bibirku. Sebagai seorang ibu, tiada apa yang lebih berharga selain melihat anak-anaknya kembali ceria. Thanks to Allah also thanks to all my fren and my neighbours.

No comments: