Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, August 6, 2009

Di Bahumu Terpikul Amanah

Muslimah harapan ummah ini hendaklah bergerak jauh ke hadapan dan bersikap lebih optimis terhadap segala tindak-tanduk dalam menghadapi arus maha hebat ini. Muslimah yang ideal merupakan seorang muslimah yang berperanan besar dalam masyarakat. Ia bertindak sebagai seorang pelajar di medan keilmuannya, seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya, seorang isteri yang taat kepada suaminya, seorang ibu yang gigih mendidik dan sabar dalam mengahadapi kerenah anak-anaknya, seorang hamba yang patuh kepada perintahNya dan juga seorang pendorong dan pendokong dalam memperjuangkan agama Allah.

Alhamdulillah... majlis yang lama diranggka telah berjalan seperti yang dirancangkan oada

Tarikh : 8 August 2009
Masa : 2.30
Tempat : Di kediaman Puan Shima
No 34 Jalan Kristal 7/62B

Ustazah Sit Rabiah Binti Mohd Affandi yang dijemput pada majlis tersebut. Ustazah menerangkan serba sedikit tentang kedatangan ramadhan. Dan juga mengupas musibah yang menimpa. Perbanyakkan solat sunat Tip dari ustazah untuk mendapat barang murah di market dengan membaca Surah Al Baqarah ayat 70 sebanyak 7 kali insyaAllah kita dapat barangan yang berbaloi untuk dibeli. Baca secara tertib. sila layari gambar di web Ray

http://raynorelly.blogspot.com/2009/08/bermesra-sambil-berilmu.html

No comments: