Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, August 26, 2009

Kuliah Pertama Ramadan - Avon


24 Ogos 2009 -Isnin

Kuliah telah disampaikan oleh Ustazah Siti Rohiliah. Agak mengecewakan kerana ak ramai yang hadir namun alhamdulillah sekumpulan yang hadir begitu menghargai peluang tersebut.

Ayat 02:183 menerangkan- " Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar bertakwa" Ustazah bercerita kisah anak Umar Al Khatab yang telah dituduh berzina dan dihukum sebat sebanyak 100 kali sebatan kerana zina sebelum kahwin. Beliau sanggup merotan anak nya setelah si tukang rotan dah tak sanggup untuk merotan anaknya kerana anaknya hampir mati namun Umar terus merotan sehingga ke 100 sebatan. Menurut Umar, sekiranya anaknya telah menjalani hukuman di dunia maka dia telah lepas seksaan di akhirat. Begitu takutnya Umar dengan azab di akhirat nanti.

Ustazah juga menerangkan tentang puasa 6, masa ni aku kurang menumpukan perhatian kerana jam hampir menunjukkan 1.45pm. Namun kubiarkan saja ustazah menyambung kuliah kulihat semua rakan kerja ku kusyuk mendengar.Kuliah seterusnya pada 8 September 2009




No comments: