Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, August 27, 2009

Terawih





Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita dikalangan orang-orang yang beriman. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah.


Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali menemui kita. Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan, agar kita dapat memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan yang mulia ini.

Berkenaan keutamaan solat ini, Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkannya pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:
((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه] Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]

Persoalan yang lebih penting dalam solat terawih ialah cara melaksanakannya. 8 atau 20 rakaat, yang penting bacaan-bacaan solat yang lain dengan sempurna, betul dan khusyuk. Aku dan anak-anak termampu buat 8 rakaat.

Nikmat bulan puasa ni memang besar. Hubungan dengan anak2 bertambah akrab. Memang ramadan ini ditunggu oleh kami sekeluarga. Kerana bulan ramadhan dikenali sebagai madrasah bulan melatih dan mendidik seseorang menjadi abid dan salik kepada Allah swt. Di kesempatan ini aku mengambil peluang bersama anak-anak dalam melatihfizikal mereka agar lebih tahan dalam menghadapai kesusahan dan kepayahan dengan berpuasa, namun yang lebih penting puasa dapat mendidik hati dan jiwa agar lebih kuat, membersihkan hati dan jiwa dari sifat-sifat mazmumah yang merosakkan manusia. Moga-moga anak-anakku terdidik dengan


Lafaz Tasbih Kaffarah

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ





No comments: