Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, August 30, 2009

Abah


Semalam, ketika aku menunaikan Solat terawih, hati aku menjadi begitu saya pabila mendengar Ustaz kegemaranku membaca surah yang begitu syahdu. Memang ustaz Firdaus mempunyai suara yang begitu lunak dengan taranumnya membuatkan aku terkenangkan arwah abah

"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereke mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil" itulah doa yang selalu bermain di bibirku setelah solat. Senyummu sentiasa terukir walaupun menderita kesakitan. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi wahai abahku. Di bualan Ramadan, kurasakan dirimu sentiasa berada di sekitarku. Seringku bermimpi lantas berlinanglah air mata tanpa dapat ditahan.Abah kami sangat merindui. Ketika ku menjamah lauk kegemaranmu, ikan keli, pasti aku terkenang bagaimana tangan mu menggapai lauk dan diagihkan-agihkan kepada anak-anakku terutama Anis yang sangat menggemarinya. Bubur kacang hijau menjadi sebutan dikala abah di hospital. Abah doa anakmu ini sentiasa dibibirnya kerana“Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara - sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak salih yang berdoa untuknya.”

No comments: