Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, August 31, 2009

Selamat Bermujahadah


Ramadhan adalah bulan mulia . Bulan ibadah dan bulan taqwa . Tentu sahaja hiburan yang keterlaluan amat tidak sesuai. Jangan rosakkan mood Ramadhan untuk ummatnya beribadah dengan hiburan yang berlebihan.

Janganlah kita leka dengan aktiviti hiburan melampau di bulan Ramadhan . Begitu juga sambutan 31 ogos kelak yang kebetulannya jatuh di bulan Ramadhan , hormatilah kemuliaan Ramadhan .

Ingatlah syurga neraka dan dosa pahala . Jangan hanya kerana mahu berhibur kita lalaikan hati dari mengingati Allah swt. Marilah kita rebut peluang yang diberi, kita tidak tahu adakah bertemu lagi kita dengan Ramadan yang akan datang

No comments: