Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, September 1, 2009

Jom Solat


Solat itu umpama jantung dalam badan manusia. Forum Perdana pagi tadi ahli panel terdiri 2 orang. Membincangkan merdekakan diri dari dosa di bulan Ramadan.Ramai di antara kita mengangap ibadah puasa tinggi dari ibadah solat. Itu silap sedangkan rukun islam ibadah solat terletak ditangga kedua dan puasa itu ditangga yang keempat.

Ustaz memberi perumpamaan bahawa solat itu umpama jantung dalam badan kita. Tiap kali pergi jumpa doktor di klinik sudah pasti jantung di check dulu untuk mengetahui keadaan diri kita sakit apapun kita.

Ustaz juga menegaskan bahawa, sahur itu ada keberkatannya seperti mana yang dituntut, sahur la kita lewat waktu subuh walaupun diwaktu imsak sekalipun kerana waktu imsak itu adalah waktu berhati-hati tapi masih boleh makan. Ada seorang kawannya yang tak suka bersahur ekoran itu beliau telah mengidap penyakit Gastrik yang kronik.

No comments: