Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, September 1, 2009

Ramadan menilai keimanan- Kuliah Ramadan Avon ke 2

Alhamdulillah, hari ini kehadiran rakan Avon agak bertambah berbanding dengan minggu pertama kuliah. Kali ini Ustaz membincangkan sifat-sifat muttaqin.

Orang yang berjiwa muttaqin (orang bertakwa) sentiasa dipandu dan dibimbing hidupnya dengan keinsafan bahawa Allah melihat, mengetahui segala niat dan tingkah-lakunya.

Antara watak muttaqin:-
a) Tunduk patuh pada ajarannya
b) Menghindarkan apa yang dilarang oleh Allah
c) Sabar
-menunai perintah Allah
- mencegah dari melakukan maksiat
d) memperbanyakkan doa

Jika diteliti, kebanyakan kesilapan, kelemahan dan kerosakan hidup insan berpunca daripada masalah nafsu batini. Contohnya, sifat dan perbuatan dengki, hasad, fitnah, sombong, angkuh, kedekut, kikir, membazir, pecah amanah, rasuah, zalim dan buruk sangka banyak membawa kerosakan, permusuhan, perseteruan dan perselisihan sesama manusia.
Puasa memberikan kita dimensi kesan yang amat menarik kepada batin dan zahir insan. Faktor batinnya, menerusi berpuasa ia mendidik hati dan mengawal nafsu supaya kembali kepada fitrah dan kekal dalam fitrah.Kembali dalam fitrah bermakna menyingkirkan sifat mazmumah (terkeji) dalam niat, perkataan, perbuatan dan amalan. Kita cuba jernihkan hati dan nafsu dengan menginsafi iaitu menerusi berpuasa ia memberikan kita keseimbangan dan batasan dalam memanfaatkan faktor rasa dan keinginan.Keseimbangan ini amat penting supaya kita tidak melampaui batas.

No comments: