Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, September 2, 2009

Fasa Pertama Ramadan berlalu



Salam pada semua .Kita sudah melepasi fasa yang pertama dalam bulan Ramadhan.Alangkah indahnya kalau kita sama-sama berfikir dan bermuhasabah terhadap 10 hari yang sudah berlalu..Apa kata orang,buat semakan semula apa-apa yang patut.

1 - Tambah mana yang kurang - berusaha untuk menambahnya..baca Quran, zikir,sedekah,pergi ke masjid dan lain-lain.

2 - Cantikkan mana yang tak berapa nak cantik - kalau solat terawikh kita asyik ngantuk je..adjust le sikit jangan bagi ngantuk.

3 - Kurangkan mana yang lebih -kalau masa berbuka tu,banyak sangat makanannya...kurang2kanlah,jangan membazir sangatkurangkan tengok tv cerita yang bukan2 tu..program agama kan banyak .
Semalam terawih di Mawaddah, kamit telah diimamkan oleh imam dari Iraq. Suaranya mengingatkan aku ketika aku di mekah dulu. Rindunya

No comments: