Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, September 3, 2009

Hijab


Malam tadi, ketika menunaikan solat terawih seperti selalu, aku dikejutkan oleh suara Anis." Ibu, Anis pakai baju lengan pendek bu, macam mana ni bu?" Aku terkedu dan tersentuh sebenarnya kerana betapa beliau begitu takut sekali akan Aurat di lihat. Dengan senyuman aku menjawab, tak apa kakak, kan ada telekung yang kakan pakai. Nanti keluar hati-hati , pastikan telekung tu menutup lengan. Beliau senyum gembira.
Ramadan kali kurasa penuh nikmat dapat lebih masa bersama anak gadisku yang ku lihat semakin menunjukkan minat untuk mendalamai bahasa Arab kerana pernah beliau utarakan minatnya untuk pergi ke Negara timur tengah sepert Jordan atau Mesir. Aku mendoakan selalu agar tecapai apa yang dihajatinya, InsyaAllah

Kuliah sebelum, ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai anakku Anis, jangan biarkan ibu , yang mengadap Allah satu hari nanti sepi tanpa doa dan sedekah daripada anak-anak ibu. Ingat ya kakak? Beliau mengangguk dan terus memeluk ku. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus la semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh

No comments: