Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, September 6, 2009

Berbuka di Bukit Kemuning Club House








Di Malam minggu 5 Sept 2009, buat pertama kalinya, pada Ramadan tahun ni kami sekeluarga berbuka di luar. Pada ku makanannya biasa saja. Bak kata ustaz, pabila makan nikmat kepuasannya hanya pada saat tersebut dan selepasnya pasti dilupai dan seperti Rasulullah berkata, bersederhana la kamu dalam segalanya.

Seperti selalu ku jamah kurma, sedikit murtabak dan shushi. Kemudian coffee sebagai pemanis mulut. Berbagai jenis ais yang terhidang, seperti ais tebu, ais bandung, ais limau kasturi,ais sirap dan teh tarik. Kucuba segelas secawan teh tarik untuk melepaskan rindu. Segala jenis Ais yang lain tidak ku berani menyentuhnya kerana Seperti selalu suami, pastinya kambing menjadi pujaanya.

Amaar, bagaikan lipas kudung berlari kesana kemari takkala aku senantiasa mengekorinya dari belakang. Pabila irama dimainkan dan lagu Nasyid didendangkan oleh penyanyi bernama Mel, langkah beliau terus terhenti terpegun. Setelah solat magrib, kucuba cari apa hidangan yang ingin ku jamah, kulihat nasi, tiada yang menarik lantas terus ku ke gerai Vietnam, ku cuba popia basah stail Vietnam.. tak kurang hebat juga rasanya. Jam menunjukkan 8.20, tergambar wajah gelisah dimuka suamiku, aku dapat membaca apa yang terbenak difikirannya. Solat berjemaahku. itulah yang merisaukan beliau. Tanpa disuruh akupun berkata" marilah kita siap balik" dengan pantas beliau menjawab "jom".

No comments: