Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, September 6, 2009

MESYUARAT PENDUDUK KRISTAL 7/61 & 7/62b


Seksyen 7, Shah Alam, 5 Sept 2009, 10.45 malam .Kehadiran ahli seramai lebih kurang 40 orang yang amat memberangsangkan berbanding dengan mesyuarat sebelum.Ucapan alu-aluan dari Pengerusi majlis, Haji Kamaruddin menerangkan tujuan mesyuarat. Tujuannya adalah untuk bersama-sama menggembling tenaga dan merancang Agenda jamuan raya. Kehadiran semua amat dialu-alukan.
Agenda diteruskan -membincangkan tarikh bagi jamuan raya. Telah dipersetujui, Jamuan tersebut akan diadakakan pada

Tarikh: 10 Okt 2009
Masa: 8.30 malam
Lokasi: 7/62 A
Jumlah kutipan setiap Rumah : RM60.00
Jumlah Rumah :60 buah rumah

Menu Utama
1) Nasi Impit + Kuah Kacang
2) Rendang Ayam
3)Bihun sup
Pot Luck dari penduduk akan dipastikan senarai mereka yang ingin menyumbang tiada persamaan menu

Cadangan Pertama
diterima dari En Zamros,RM80.00 setiap rumah - RM50.00 untuk menu utama, RM30.00 untuk hidangan Pot Luck

Cadangan Kedua
diterima dari Hj Daud RM50.00 hanya untuk menu utama, Pot Luck ikhlas hati

Cadangan Ketiga:
Diterima dari En Rudzaini, RM150, Semuanya tempahan. Tiada Pot Luck dan tiada masak-masak. Seperti yang dibuat oleh penduduk lain.

Majoriti menyokong cadangan kedua iaitu RM50.00 namun telah bersetuju untuk menaikkan sebanyak RM60.00. "Tujuan di adakan Pot Luck ini diadakan adalah untuk memberi peluang setiap rumah untuk bersedekah di bulan mulia ini. Pemberian dari penduduk adalah ikhlas dan tiada paksaan" begitu lah kata-kata dari En Hilmey kita. Secara keseluruhannya, mesyuarat tadi bolehlah dianggap berjaya. Mesyuarat berakhir pada jam 12.30 pagi.

Sebelum bersurai, kami nikmati juadah yang bolehlah kami anggap sebagai bersahur.Kami mengucapkan terima kasih kepada Faizal & Shima kerana bersusah payah menyediakan hidangan yang cukup enak.
Mesyuarat ditangguh pada 3 Oktober 2009, Jam 9.00 Malam

No comments: