Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, September 11, 2009

Iftar Dinner & Tazkirah with Dr Rubiah Kulup at Avon


Alhamdulillah, tiba masanya berbuka dengan rakan-rakan kerja Avon hari ini. Melihat menu tu memang tertarik dan menarik tetapi yang penting majlis tazkirah yang mana kami berjaya menjemput Dr Rubiah Kulup Hamzah. Tajuk tazkirah "Tanggungjawab pekerja kepada Majikan dan tanggungjawab majikan kepada pekerja.


Semua sibuk mengejar kehidupan dan memenuhi tanggungjawab mencari rezki sehingga dibimbangi akar ikatan sesama Islam semakin longgar. Sepanjang Ramadan masing-masing akan berada di rumah sebelum maghrib dan peluang ke surau dan masjid lebih terbuka, dan kesempatan Ramadan adalah yang terbaik kerana ia secara luarbiasa mendorong muslimin memenuhi surau dan masjid, terutama di bandar-bandar, dan biasanya seseorang Muslimin lebih mudah untuk mendekati agama di bulan puasa.


Alhamdulillah kehadiran kali ini amat memberangsangkan dan melebihi dari tahun-tahun yang sebelumnya. Selama hampir 5 tahun, majlis ini berjaya diteruskan. Terima kasih pada President Avon yang menyokong penuh dengan majlis2 Ilmu ini. Terima kasih kami ucapkan pada rakan-rakan "sport & Rec Committee".

No comments: